Berdoa Sepanjang KerisauanSampel

Praying Through Anxiety

HARI 2 DARIPADA 7

Apakah Itu Kerisauan?

Kerisauan boleh membuat kita rasa tergesa-gesa apabila kita tidak dapat mengawal keadaan kita atau masa depan kita.

Kerisauan mungkinlah perasaan anda sebelum ujian di sekolah, pembentangan di pejabat, janji temu pertama, perkahwinan; ataupun semasa menantikan keputusan ujian perubatan. Kerisauan ingin menjadi teman anda semasa anda menghadapi krisis kewangan atau ketika hubungan renggang tidak dapat dipulihkan.

Berasa risau merupakan respons yang biasa terhadap peristiwa tiba-tiba yang tidak diduga, ketidakpastian masa depan, atau trauma lalu. Namun, kerisauan kerap mengancam menjadi lebih daripada emosi yang seketika sahaja. Apabila anda tidak dapat mengawal keadaan anda, kerisauan ingin mengawal anda dan tinggal dalam hati dan fikiran anda.

Sesudah kerisauan membiasakan diri, kerisauan boleh menyebabkan kesakitan fizikal, gangguan tidur, dan kesedihan yang mendalam. Kerisauan boleh mempengaruhi hubungan anda dengan orang lain dan melanjutkan kitaran pilihan tidak sihat yang membinasakan. Orang yang bergelut dengan kerisauan mendapati sukar untuk merasai sukacita dan kedamaian.

Walau bagaimanapun, Allah tidak mahu anda untuk hidup dalam kerisauan. Allah berjanji untuk menukarkan kerisauan anda dengan kedamaian dalaman (Mazmur 62:5 BM). Dia ingin menjadi benteng anda, tempat berlindung dan naungan daripada kebimbangan anda. Sesungguhnya pertukaran yang menakjubkan!

Jika anda terperangkap dalam awan fikiran risau yang tetap, Allah ingin menenangkan ribut dalam diri anda. Dia berkuasa melakukannya! Dia tahu tentang masa depan, dan hari ini—sekarang ini!—Dia bersedia untuk campur tangan dalam keadaan anda dan menjadi tempat perlindungan anda.

Yang berikut ialah beberapa langkah tindakan untuk menolong anda mengenal pasti kerisauan dalam hidup anda dan menukarnya dengan kedamaian Allah.

  • Baca Mazmur 62:5-8. Dapatkah anda membayangkan rupanya bergantung pada Allah sahaja? Bagaimanakah menempatkan harapan anda dalam Allah yang berkuasa dan penyayang mempengaruhi anda dalam peristiwa yang menimbulkan kerisauan yang sedang dihadapi sekarang ini?
  • Pemazmur menggesa umat Allah untuk memberitahu Allah tentang semua masalah mereka. Sudahkah anda berbuat demikian? Apakah yang dijanjikan kepada anda apabila anda mempercayai Allah?
  • Bagaimana rupa mengorak langkah ke arah bergantung pada Allah hari ini?

Doa Hari Ini:

Bapa, terima kasih kerana Engkaulah tempat yang selamat untuk dibawakan semua kerisauan saya. Saya risau lagi semasa menghadapi ______________. Tolonglah saya untuk bergantung pada-Mu, Allah, untuk menjadi pelindung saya yang kuat. Saya berdoa untuk kedamaian-Mu semasa saya menangani keadaan yang berada di luar kawalan saya. Hari ini, saya menempatkan harapan saya dalam-Mu dan kebijaksaan serta kuasa-Mu yang tidak terbatas. Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Praying Through Anxiety

Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada American Bible Society kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://americanbible.org/prayer/