Sangat DikasihiSampel

Greatly Loved

HARI 5 DARIPADA 5

Anda tidak perlu hidup dibebani. Allah mempunyai banyak rahmat untuk anda. Allah menjemput setiap orang untuk betul-betul mengenal-Nya dan melihat diri melalui kanta-Nya. Dia ingin kita hidup dengan lebih ringan dan lebih bebas.

Sesetengah daripada kita hidup dengan kawalan penerbangan automatik– tidak berhubung dengan Allah dan tidak mengambil berat tentang kehidupan sendiri. Kita rasa hidup kita tidaklah bernilai seperti hidup orang lain, seolah-olah kita adalah terlalu berbeza atau tidak cukup berbeza. Kita rasa tidak dilihat dan tidak penting. Jangan mempercayai bohong Musuh.

Bagi orang yang rasa seperti sesuatu yang difikirkan kemudian, kesilapan, atau tempat kedua… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Allah memanggil anda Terpilih (1 Tesalonika 1:4).

Anda tidak wujud secara kebetulan, kerana seseorang dipecat, seseorang berhenti, seseorang meninggal dunia, atau kerana seseorang membuat kesilapan. Anda tidak wujud kerana Allah mencipta manusia secara besar-besaran, dan kebetulan anda tergolong dalam penghantaran generasi ini. Anda telah dipilih untuk waktu yang khusus ini, di tempat ini, anda yang sedia adanya, kerana Pencipta alam semesta berkata memanglah penting bahawa anda ada di sini.

Dalam 1 Korintus 12, Paulus memberitahu kita bahawa kita semua adalah bahagian yang penting pada tubuh yang sama, tubuh Kristus. Ayat 18 mengatakan, "Allah meletakkan tiap-tiap anggota tubuh yang berlainan itu di tempat yang dikehendaki-Nya."

Ini bermakna Allah menempatkan anda secara sengaja di mana anda berada sekarang ini. Fungsi anda dalam keluarga anda adalah penting. Peranan anda dalam kumpulan kawan anda adalah penting. Personaliti anda adalah berguna. Allah telah memilih anda untuk orang di sekeliling anda. Siapa anda yang sebenarnya merupakan hadiah daripada Allah kepada orang yang lain.

Terpilih. Itulah nama anda.

Bagi orang yang rasa tidak dilengkapkan secukupnya untuk menunjukkan kasih Allah dalam kehidupan harian anda, yang fikir cerita anda tidak cukup baik, atau hidup anda tidak mungkin mendatangkan kesan… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Yesus memanggil anda Saksi-Nya kepada seluruh dunia ini (Kisah Rasul-rasul 1:8).

Kita ialah Rancangan A Allah– rancangan terbaik-Nya– untuk menerangi dunia yang gelap.

Rasul Paulus berkata, "kesaksian kamu tentang Dia yang Diurapi telah diperkukuh dalam hidup kamu.” (1 Korintus 1:6)

Perincian anda, cerita anda, personaliti anda, dan pengalaman hidup andalah yang melengkapkan anda secara tersendiri untuk menyatakan kasih Allah dalam hubungan anda yang sebenar.

Utusan Allah. Itulah nama anda.

Semasa kami mengakhiri waktu renungan ini, saya ingin menggalakkan anda untuk terus berjuang untuk betul-betul menghabiskan masa bercakap dengan Dia. Terus berjuang untuk berterus terang dengan-Nya, menyelami Firman-Nya, dan menjadikan suara-Nya suara yang paling kuat dalam hidup anda.

Hari ini, saya ingin meninggalkan anda dengan kebenaran ini:

Allah bukan sahaja memberikan anda nama yang baru. Dia memberitahu anda siapa anda yang sebenarnya sejak mulanya. Anda selalu Sangat Dikasihi. Terpilih. Diingini. Dan patut diperjuangkan.

Sebenarnya: Anda dikasihi sepanjang masanya.

Saya berkongsi alat yang lebih praktikal tentang cara berhubung semula dengan Allah, mengenali diri anda yang sebenarnya, dan hidup sedemikian setiap hari dalam buku baru saya, You Are More Than You’ve Been Told. Bersama-sama, kita boleh meneruskan perjalanan penyembuhan dan kebebasan ini.

Hari 4

Perihal Pelan

Greatly Loved

Hosanna Wong tahu secara langsung perasaan tidak dilihat, tidak layak, dan tidak dikasihi. Dalam pelan 5 hari ini, ia meneliti sembilan nama Allah bagi anda dan memberikan dorongan praktik dan realistik untuk menolong anda mendedahkan bohong, melihat diri sendiri melalui kanta Allah, dan menjalankan hidup dengan postur dan tujuan yang baru.

More

Kami berterima kasih kepada Hosanna Wong kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://hosannawong.com/greatlyloved