Sangat DikasihiSampel
Bertahun-tahun saya mempercayai bohong bahawa saya tidak mencukupi, latar belakang saya tidak mencukupi, keluarga saya tidak mencukupi, dan cerita sebenar saya tidak mencukupi. Saya rasa saya ini terlalu berbeza, dan tiada orang yang memahami diri saya yang sebenarnya. Oleh itu, saya menghabiskan masa yang panjang untuk mengubah diri saya untuk memadani acuan tanggapan saya.
Pernahkah anda rasa anda perlu tidak mengheboh-hebohkan diri anda yang sebenarnya, tempat asal anda, merendahkan perincian anda, atau mengubah diri anda yang sebenarnya supaya diterima dan berkesan di tempat yang Allah tempatkan anda?
Sebenarnya itulah yang Musuh harap kita lakukan.
Apabila kita memberikan respons terhadap nama yang salah, kita mengerjakan cerita yang salah. Cerita salah yang kita percayai tentang diri sendiri boleh menjerat kita dalam pola kehidupan yang salah.
Sebenarnya, latar belakang, cerita, dan perincian anda yang sebenarlah yang ingin digunakan oleh Allah pada waktu yang tepat ini.
Sudah pasti, Musuh mahu meyakinkan anda bahawa perincian anda tidak bernilai. Dia tidak mahu mengambil risiko kemungkinan anda akan menemui diri anda yang sebenarnya dan mengerjakan tujuan anda.
Sudah tiba masanya untuk melupakan naratif palsu dan menjalankan hidup dengan identiti anda yang sebenarnya.
Bagi orang yang rasa tidak layak atau kurang… daripada apa yang telah dikatakan tentang anda. Allah memanggil anda Ciptaan Allah (Efesus 2:10).
Kita ialah buatan Seniman langit dan bumi. Apabila seniman mencipta sesuatu, mereka bersikap sengaja dengan perinciannya. Pelukis memilih berus yang tertentu untuk mencoret kanvas yang kosong. Penyair memilih struktur yang khusus untuk jalan ceritanya. Penari menentukan pergerakan yang terbaik bagi bahagian lagu yang tertentu. Jurugambar dan pengarah filem mencari bingkai, pencahayaan, dan tekstur yang terbaik mungkin untuk menggali seluruh cerita yang ingin disampaikan.
Seniman adalah hemat— mungkin cerewet— dan menghasilkan karya yang dibanggakan tanpa tergesa-gesa. Lebih-lebih lagilah kesengajaan Allah semasa Dia mencipta kita. Dia memilih berus, latar belakang, rentak, rangka, dan tekstur tertentu untuk membina hidup anda demi kebaikan anda dan kemuliaan-Nya.
Anda ialah karya seni yang dicipta dengan teliti untuk mencapai pekerjaan baik Allah. Anda bukanlah jenama jiplakan. Anda ialah seni halus. Anda adalah kelas atasan. Anda ialah karya asli yang direka khas oleh Pencipta segala sesuatu.
Karya Agung Allah. Itulah nama anda.
Bagi orang yang rasa malu kerana tubuh anda, kerana apa yang dikatakan tentangnya, apa yang telah anda lakukan pada tubuh anda, atau apa yang telah dilakukan terhadap tubuh anda… anda adalah lebih daripada apa yang dikatakan kepada anda. Anda dipanggil Tempat Kediaman Roh Kudus (1 Korintus 6:19).
Tiada orang yang boleh merampas nilai intrinsik terbina dalam anda yang diberikan oleh Allah. Walau siapa pun yang mengambil kesempatan terhadap anda, siapa pun yang menggunakan kuasanya untuk melukai anda, dan walau apa pun kehilangan anda kerana pilihan anda, apabila anda menyerahkan hidup anda kepada Kristus, Firman Allah memanggil tubuh anda tempat kediaman Roh Kudus. Tubuh anda adalah baik. Anda berharga. Anda sentiasa berharga. Orang lain tidak berkuasa menentukan nilai muktamad anda, maksudnya tiada orang yang dapat merampasnya juga.
Anda tidak didefinisikan oleh apa yang anda lakukan atau apa yang dilakukan terhadap anda.
Tempat Kediaman Allah. Itulah nama anda.
Jangan membenarkan Musuh untuk memutarbalikkan apa yang dijadikan baik oleh Allah, untuk kebaikan, dan untuk memuliakan-Nya.
Hari ini, jemputlah Allah ke lingkungan cerita anda yang remuk dan mintalah Dia untuk menyembuhkan anda. Berdoalah agar Dia memberikan anda kanta-Nya untuk hidup anda dan cerita anda.
Perihal Pelan
Hosanna Wong tahu secara langsung perasaan tidak dilihat, tidak layak, dan tidak dikasihi. Dalam pelan 5 hari ini, ia meneliti sembilan nama Allah bagi anda dan memberikan dorongan praktik dan realistik untuk menolong anda mendedahkan bohong, melihat diri sendiri melalui kanta Allah, dan menjalankan hidup dengan postur dan tujuan yang baru.
More