Sangat DikasihiSampel
Bolehkah saya menunjukkan kelemahan saya kepada kamu?
Waktu itu merupakan musim yang paling menyeksakan dalam hidup saya.
Saya telah diambil kesempatan dan dicuri. Saya malu. Orang yang saya fikir akan berada di sisi saya meninggalkan saya. Orang yang saya fikir akan mempertahankan saya tidak berbuat demikian. Saya rasa terabai dan tidak diingini. Kami melaburkan semua simpanan kami dalam projek yang kami rasa diarahkan oleh Allah, dan atas pelbagai sebab yang amat menyedihkan, projek itu gagal. Kami kehilangan semua simpanan kami dan ditinggalkan dengan tangan kosong, keliru, dan tidak pasti bagaimana hendak membina semula. Saya rasa malu dan patah semangat.
Luka lama daripada masa lalu saya mula muncul kembali. Saya makin lemah semangat. Saya kehilangan diri sendiri.
Saya perlu membuat pilihan. Anda perlu membuat pilihan juga.
Adakah kita akan memilih untuk membenarkan pendapat orang lain dan penderitaan keadaan kita mendefinisikan diri kita dan mengawal kita?
Atau, adakah kita akan memilih untuk menentang fikiran kita, mentaliti kita, dan hidup kita?
Setelah masa berlalu, saya memilih untuk mempertahankan hidup saya dengan berjuang untuk menghabiskan masa yang sebenar dengan Allah.
Bukan masa yang cepat dan dangkal.
Saya harus serius dengan Allah, berserah kepada-Nya, dan betul-betul berjuang untuk menjadikan suara Allah itu suara yang paling kuat dalam hidup saya supaya saya dapat bangun daripada kekalahan ini. Saya mula merancangkan masa yang lebih lama dan lebih kerap dengan-Nya, mengucapkan doa yang amat khusus, dan membaca Firman-Nya secara perlahan-lahan untuk mendapat tahu apa yang dikatakan-Nya tentang saya.
Apabila saya mula melihat diri melalui kanta-Nya, jiwa saya yang letih lesu hidup semula.
Saya tidak tahu apa bohong yang telah dikatakan kepada anda. Namun, Allah mempunyai beberapa nama lain untuk anda.
Bagi orang yang rasa terabai atau sepi… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Yesus memanggil anda sahabat (Yohanes 15:15).
Dia mengasihi anda, dan Dia menyukai anda. Dia menyertai anda. Dia berpihak kepada anda. Dia ada di sisi anda. Dia hadir bersama dengan anda.
Sahabat Allah. Itulah nama anda.
Bila-bila anda rasa terjerat dengan nama lama anda, mentaliti lama anda, dan pendapat orang lain… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Anda dipanggil Ciptaan Baru (2 Korintus 5:17).
Apabila kita memilih untuk betul-betul mengikuti Yesus dan menurut jalan-Nya, hidup yang baru sama sekali bermula. Kita bukanlah nama lama kita. Kita bukan lagi mentaliti dahulu kita. Kita bukanlah kesilapan lalu kita. Mengikuti Yesus ialah permulaan yang baru. Dia menunjukkan kita cara hidup yang lebih ringan dan bebas.
Baru. Itulah nama anda.
Pada musim yang menyakitkan itu, saya menuliskan puisi bertajuk “I Have a New Name,” mengisytiharkan sembilan nama yang digunakan oleh Allah untuk kita. Itu merupakan previu apa yang dikatakan oleh Allah tentang anda. Saya berdoa agar ini akan menggalakkan anda.
Semoga kita mengetahui firman Allah, mengkhabarkan firman Allah, dan hidup menurut siapa kita ini yang sebenarnya.
Sudah tiba masanya untuk bangkit daripada daripada kekalahan dan berjuang untuk menghabiskan masa yang sebenar dengan Allah.
Anda akan mendapat tahu tentang siapa anda yang sebenarnya apabila anda menghabiskan masa yang sebenar dengan Dia yang paling mengenali anda.
(Puisi saya, “I Have A New Name,” Tonton video lengkap di bawah.)
Perihal Pelan
Hosanna Wong tahu secara langsung perasaan tidak dilihat, tidak layak, dan tidak dikasihi. Dalam pelan 5 hari ini, ia meneliti sembilan nama Allah bagi anda dan memberikan dorongan praktik dan realistik untuk menolong anda mendedahkan bohong, melihat diri sendiri melalui kanta Allah, dan menjalankan hidup dengan postur dan tujuan yang baru.
More