Sangat DikasihiSampel
Antara semua nama yang diberikan oleh Allah kepada kita, Anak Allah ialah nama yang paling sukar saya fahami sepenuhnya.
Mungkin disebabkan oleh zaman kanak-kanak saya yang rasa seolah-olah saya membesar secara tergesa-gesa, dan saya tidak pernah memahami sepenuhnya maksudnya hidup sebagai kanak-kanak.
Adakah menjadi kanak-kanak bermakna rasa selamat dan dijaga tanpa rasa takut akan masa depan? Bersikap ingin tahu dan mengambil risiko? Berehat, bersukacita, dan bebas daripada beban dunia?
Zaman kanak-kanak saya bukanlah seperti itu.
Ayah saya mengatasi ketagihan, berlawan dalam kumpulan samseng, dan dijangkiti Hepatitis C. Ada orang yang memperkenalkan Yesus kepadanya, dan hidupnya berubah (puji Allah!). Ia memulakan khidmat santun masyarakat di jalanan San Francisco menjangkau kawan kita yang hidup tanpa rumah dan memerangi ketagihan. Saya bangga dengan tempat saya membesar itu dan kagum melihat apa yang dilakukan oleh Allah, tetapi itu menimbulkan zaman kanak-kanak yang susah. Sejak usia muda, saya melihat orang dibunuh di depan mata saya, ibu bapa saya diserang, dan banyak dadah dijual serta digunakan. Pada umur 18 tahun, ayah saya menghidap barah dan meninggal dunia.
Saya belajar sejak muda untuk memikul tanggungjawab yang berat, menghadapi kehilangan, berdaya tahan, dan bekerja keras. Ada aspek yang positif juga, selain aspek yang negatif. Saya menghabiskan zaman dewasa awal saya dibebani tekanan bersikap produktif dan berkuasa, tidak berehat, rasa tertekan tentang masa depan, tanpa kekaguman keanak-anakan dalam hidup saya. Saya amat dilukai oleh beberapa orang ketika itu.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya meneruskan perjalanan menemui semula maksud sebenar satu nama ini.
Bagi orang yang menanggung beban dunia atas bahunya… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Allah memanggil anda Anak-Nya (Galatia 3:26).
Sesudah kita memberikan hidup kita kepada Yesus, kita dijemput untuk belajar semula maksudnya menjadi anak. Kita boleh menyerahkan beban kita kepada-Nya, beban yang tidak dimaksudkan untuk ditanggung sendiri. Sebenarnya, kita adalah lebih selamat daripada yang dibayangkan– untuk mempercayai, mengambil risiko, mengorak langkah beriman, berehat, berseronok, dan merayakan seperti kanak-kanak yang selamat dan dikasihi.
Anak Allah. Itulah nama anda.
Bagi orang yang rasa anda tidak mungkin dibebaskan daripada rasa malu kerana siapa anda sebelum ini atau apa yang pernah dilakukan… anda adalah lebih daripada yang dikatakan kepada anda. Yesus memanggil anda Benar-benar Bebas (Yohanes 8:36).
Apabila kita menyerahkan hidup kita kepada Yesus, Roh sama yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian kini hidup dalam kita. Kita memiliki postur, perspektif, dan kuasa yang baru yang bergelora dalam diri kita.
Jika Allah tidak mencukupi untuk membangkitkan kita daripada kematian, jika Dia tidak mencukupi untuk menyelamatkan kita daripada hidup kita yang berdosa, jika Dia tidak mencukupi untuk menyelamatkan kita daripada semua tempat pada masa lalu kita, maka Dia tidak mungkin mencukupi untuk membangkitkan Kristus. Oleh itu, kita telah dihidupkan, atau Yesus masih mati.
Namun, memandangkan Dia tidak mati— memandangkan kubur itu kosong dan tiada tulang Penyelamat ditemui di kawasan perkuburan— kita tahu bahawa kematian telah lama dikalahkan.
Anda tidak dibelenggu oleh masa lalu anda
Benar-benar Bebas. Itulah nama anda.
Kawan, anda mungkin memikul beban yang tidak harus dipikul lagi. Anda mungkin hidup dibelenggu oleh ikatan yang tidak harus membelenggu anda lagi.
Serahkan semuanya kepada Allah, dan hiduplah betul-betul sebagai Anak Allah yang bebas.
Perihal Pelan
Hosanna Wong tahu secara langsung perasaan tidak dilihat, tidak layak, dan tidak dikasihi. Dalam pelan 5 hari ini, ia meneliti sembilan nama Allah bagi anda dan memberikan dorongan praktik dan realistik untuk menolong anda mendedahkan bohong, melihat diri sendiri melalui kanta Allah, dan menjalankan hidup dengan postur dan tujuan yang baru.
More