Tuntunan IlahiSampel
Terhubung
Apabila saya sedar bahawa saya bukan sahaja dicipta untuk melayani di gereja, malah untuk melayani orang lain sebagai jemaat, berhubungan dengan orang lain menjadi perkara yang paling utama. Anda tidak boleh melayani tanpa berhubungan. Siapa yang anda berhubungan dengan akan mengubah kisah yang anda ceritakan kelak. Ini adalah benar sepanjang sejarah. Pertimbangkan lelaki yang menulis lebih daripada satu pertiga Perjanjian Baru, rasul Paulus.
Paulus bukan orang Kristian sejak mulanya. Sebelum dia menjadi pengikut Yesus, dia ialah Saulus dari kota Tarsus, seorang lelaki marah yang menganiayai dan membunuh orang Kristian. Jika anda tidak menyukai pengikut yang tergila-gilakan Yesus, anda pasti menyukai Saulus. Namun, selepas membunuh orang yang mempercayai bahawa Yesus telah dibangkitkan daripada kematian, Paulus menjadi salah seorang daripada mereka itu.
Perubahannya adalah begitu besar, begitu radikal, begitu mengubah kehidupan sehinggakan Saulus (yang dinamakan semula Paulus) segera ingin memberitahu orang lain tentang Yesus. Masalahnya tiada orang Kristian yang mempercayainya atas sebab-sebab yang nyata.
Kitab Kisah Rasul-rasul menyatakannya dengan jelas: Saulus pergi ke Yerusalem dan berusaha bergabung dengan pengikut-pengikut Yesus di situ. Tetapi mereka takut akan dia, kerana mereka tidak percaya bahawa dia benar-benar sudah menjadi pengikut Yesus. Kisah Rasul-rasul 9:26 BM. Anda tidak boleh menyalahkan para murid atas skeptisisme mereka. Saya juga tidak mahu orang yang membunuh orang Kristian pada bulan lepas untuk memimpin kajian Alkitab saya! Adakah anda akan menerimanya?
Paulus menghadapi masalah. Dia kekurangan kebolehpercayaan dengan orang Kristian yang lain. Jadi, Paulus menjangkau sesiapa sahaja yang akan memberikannya peluang untuk berkongsi keghairahan barunya itu. Keputusan Paulus untuk berhubungan bukan sahaja mengubah kisahnya; ia telah mengubah sejarah. Paulus cuma memerlukan seorang kawan lagi untuk mengubah aliran takdirnya. Kawan itu ialah lelaki yang bernama Barnabas.
Anda mungkin memerlukan satu lagi persahabatan untuk mengubah kisah anda.
Hari ini, anda akan membaca tentang Barnabas yang mengambil risiko membawa Paulus kepada para rasul, yang merupakan pemimpin yang cuba dibunuh oleh Paulus sebelumnya. Apakah yang terjadi? Kawan baru Paulus, Barnabas, menggadaikan reputasinya terhadap reputasi Paulus. Disebabkan Barnabas, murid-murid yang lain memberikan Paulus peluang. Semua pun tahu apa yang terjadi selepas itu. Anda mungkin memerlukan satu lagi persahabatan untuk mengubah kisah anda.
Anda memerlukan seorang kawan lagi ke arah perkahwinan yang lebih baik. Anda cuma memerlukan satu pengakuan lagi untuk mengatasi ketagihan. Anda memerlukan satu lagi perbualan untuk menjadi lebih sihat. Anda memerlukan seorang mentor lagi untuk memahami kurnia anda dan menjadi seorang pemimpin yang lebih baik.
Tanyalah diri: Apakah yang perlu saya lakukan untuk berhubungan dengan orang yang betul? Adakah terdapat sesiapa yang saya perlu putuskan hubungan daripadanya?
Perihal Pelan
Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain.
More