Tuntunan IlahiSampel

Divine Direction

HARI 4 DARIPADA 7

Pergi

Adakah anda rasa sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan anda? Adakah anda inginkan sesuatu yang berbeza? Walaupun anda tidak merasakannya sekarang, sentiasalah idea yang baik untuk bersedia untuk perubahan kerana perubahan pasti akan berlaku.

Kita sudah berbincang tentang mulai, berhenti, dan bertahan. Kadang kala, keputusan terbaik yang boleh anda buat dalam mencari tuntunan Allah adalah pergi.

Kerap kali, kita dipanggil untuk tidak berganjak apabila tekanan meningkat, tetapi banyak kali kita perlu mengambil risiko. Adakah anda rasa resah dalam keadaan anda? Allah mungkin telah menanamkan keinginan ilahi dalam anda untuk melayani-Nya dalam beberapa cara yang mengejutkan. Barangkali Dia memberikan anda ilham melalui sekumpulan orang, idea, masalah, atau tempat tertentu. Barangkali Dia memanggil anda untuk pergi. Ikutlah gerak hati itu dan lihatlah ke mana ia membawa anda. Terimalah pengembaraan itu. Cara yang terbaik untuk bertindak dalam iman adalah permulaan yang baik.

Terdapat satu cerita yang penting dalam Perjanjian Lama tentang Abram dan Sarai (kemudiannya dinamakan semula Abraham dan Sara) yang menggambarkan "pergi" dengan baik sekali. Dalam Kejadian 12, Allah berbicara dengan Abram. Pada masa itu, Abram menetap di kota Haran tetapi dia berasal dari kota Ur-Kasdim. Di kampung halaman Abram di Ur, penduduknya menyembah allah bulan palsu yang digelar Nannar.

Perkara yang penting di sini adalah satu-satunya Allah yang benar telah memilih untuk menyatakan diri kepada Abram. Allah telah memberikan Abram satu perintah yang ringkas dan jelas: tinggalkan segala sesuatu yang diketahui. "Tinggalkanlah negerimu, kaum keluargamu, dan rumah bapamu; pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu." Kejadian 12:1 BM, penegasan ditambahkan penulis

Tinggalkan dan pergilah.

Demi melangkah ke arah takdir anda, anda mungkin perlu meninggalkan jaminan hidup anda.

Demi bergerak ke tempat yang lain, anda perlu meninggalkan tempat semasa anda. Anda perlu meninggalkan perkara yang diketahui, perkara yang selesa, perkara yang dapat diramal, dan perkara yang senang. Demi melangkah ke arah takdir anda, anda mungkin perlu meninggalkan jaminan hidup anda.

Tiada sesiapa yang tahu tentang jalan cerita kisah hidup anda jika anda membenarkan Allah memimpin anda. Suatu hari nanti, beberapa tahun kemudian, anda akan mengenang kembali tentang kehidupan anda dan melihat seluruh kisah itu. Apakah kisah anda? "Saya rasa Allah memanggil saya, tetapi saya takut, jadi saya tidak melakukan apa-apa." Ataupun, adakah anda akan menceritakan satu pengembaraan yang dipenuhi iman? Perbezaannya adalah sama ada anda akan pergi apabila Allah berkata, "Pergilah."

Tanyalah: Apakah yang Allah panggil saya untuk tinggalkan? Ke manakah Dia memanggil saya untuk pergi?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Divine Direction

Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/