Tuntunan IlahiSampel
Bertahan
Saya banyak berfikir tentang betapa berbezanya kehidupan saya jika saya berputus asa bila saya ingin berbuat demikian. Kisah saya mungkin menjadi sesuatu seperti, "Ya, dulu saya fikir saya harus menjadi seorang pastor, saya sudah berusaha tetapi ia tidak berhasil. Begitulah kehidupan."
Saya pasti anda pernah bergumul dengan cabaran dari masa ke masa dalam musim kehidupan anda yang berbeza: bos anda rasa anda tidak dapat bertahan lagi, hubungan yang tiba-tiba menyeksakan, impian yang kekurangan sumber, tindakan yang tidak mencapai jangkaan anda. Apabila anda menghadapi kesusahan, memanglah biasa untuk mempertimbangkan semula keputusan besar anda yang mengubah kehidupan. Anda mungkin mengajukan soalan berikut.
- Haruskah saya mengambil risiko, meletakkan jawatan, dan mencari sesuatu yang lain?
- Selepas kecurangan pasangan saya—sudahkah tiba masanya untuk melupakannya?
- Adakah saya betul-betul berbakat untuk menjalankan perniagaan? Haruskah saya mengelakkan daripada bertambahnya kerugian?
Dalam setiap contoh tersebut—dan dengan kebanyakan daripada pilihan besar kehidupan kita—anda berada di persimpangan yang penting, dan sudah tibanya masa untuk membuat keputusan: haruskah saya bertahan atau pergi?
Adakah saya memilih untuk berputus asa kerana ia adalah keputusan yang betul ataupun kerana ia kelihatan seperti pilihan yang lebih mudah?
Sering kali, keputusan yang terbaik dan paling memuaskan yang boleh anda buat adalah bertahan walaupun berpaling dan pergi adalah lebih mudah. Saya tidak memaksudkan anda tidak harus membuat keputusan untuk pergi. Namun, sebelum anda membuat keputusan, tanyalah diri, "Adakah saya memilih untuk berputus asa kerana ia adalah keputusan yang betul ataupun kerana ia kelihatan seperti pilihan yang lebih mudah?" Kadang-kadang, tindakan beriman yang paling besar adalah kesetiaan, bertahan di mana anda telah ditempatkan. Beberapa tahun kemudian, anda mungkin mengenang kembali waktu ini dan bersyukur kepada Allah bahawa anda telah membuat keputusan untuk bertahan meskipun pergi adalah lebih mudah.
Ingatlah, Allah telah mencipta anda menurut gambar-Nya dan Dia merupakan permulaan dan kesempurnaan kisah anda. Anda bukan orang yang mudah putus asa. Anda adalah orang yang menamatkan pekerjaan anda.
Doa: Allah, adakah terdapat apa-apa yang saya cuba tinggalkan tetapi Engkau ingin saya untuk bertahan dan menamatkannya? Adakah Engkau akan memberikan saya kekuatan untuk meneruskan? Amin.
Perihal Pelan
Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain.
More