Tuntunan IlahiSampel
Berhenti
Salah satu keputusan terbaik yang anda boleh buat semasa tergerak hati atau berada dalam dilema kepentingan tinggi adalah berhenti. Berehat. Berdoa untuk pimpinan. Fikir dahulu. Dapatkan kebijaksanaan yang salih daripada orang yang dipercayai dan pertimbangkan hasil yang mungkin. Kemudian, tanyalah diri, "Adakah ini sesuatu yang saya harus hentikan sepenuhnya?"
Kebanyakan daripada kita mempunyai niat yang baik atau sekurang-kurangnya suatu alasan yang kuat untuk perkara yang kita lakukan. Namun, banyak antara kita kelihatan terkejut apabila kita mendapati diri jauh dari haluan yang ingin ditujui. Perubahan yang besar dalam kehidupan kita—negatif dan positif—jarang berlaku tanpa satu siri keputusan yang bertimbun-timbun seperti kepingan domino yang tidak henti-henti.
Adakah anda melihat bagaimana berhenti boleh menjadi perkara yang paling produktif yang kita lakukan? Apabila anda berhenti untuk menilai kedudukan anda dan tempat yang ingin ditujui, maka anda boleh memutuskan cara untuk bergerak maju ke arah destinasi anda.
Apakah yang boleh anda hentikan demi mendekati tuntunan ilahi Allah?
Adakah anda melakukan apa-apa yang membawa anda ke haluan yang tidak ingin ditujui (atau yang Allah tidak ingin anda tujui)? Apakah yang anda perlu hentikan sepenuhnya? Ketagihan media sosial, alkohol, pornografi, perkenanan, atau kerja? Hubungan yang tidak sihat? Sikap suka menilai? Apakah yang boleh anda hentikan demi mendekati tuntunan ilahi Allah? Layani setiap pilihan seolah-olah ia adalah batu loncatan seterusnya ke arah destinasi anda.
Apabila suatu tingkah laku atau hubungan membawa kita dalam haluan yang disedari adalah semakin jauh daripada kisah yang kita ingin ceritakan, kita perlu berhenti sejenak bukan sahaja untuk memikirkan akibatnya malah untuk memilih untuk berhenti bergerak dalam arah yang salah. Anda mungkin pernah dengar perkataan "bertaubat." Salah satu maksud harfiahnya adalah berpusing. Apabila anda bertaubat, anda berhenti menuju satu arah dan kembali kepada Allah dan jalan-Nya untuk anda.
Dari segi ini, berhenti sebenarnya bermaksud melangkah ke arah yang baru. Anda mungkin perlu bergerak ke arah akauntabiliti, pengampunan, kawan yang betul, atau tempat tinggal yang baru.
Tanyalah diri:
1. Jika saya membuat pilihan yang sedang dipertimbangkan, ke manakah ia akan membawa saya?
2. Apakah yang boleh saya hentikan untuk bergerak lebih dekat kepada tuntunan ilahi Allah?
Perihal Pelan
Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain.
More