Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
Menanam dan Memelihara Taman Anda
BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 2:17-22.
Baca petikan ini beberapa kali dan minta Tuhan menambahkan kefahaman anda tentang kedudukan anda di dalamNya dan di dalam gerejaNya (Efesus 1:3-14).
MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.
Efesus 2:19-20
"Oleh itu, kamu orang bukan Yahudi bukan lagi orang asing ataupun pendatang. Sekarang kamu warga umat Allah dan anggota keluarga Allah. Kamu pun dibina di atas asas yang diletakkan oleh para rasul dan nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu asasnya"
MENJIRAM BENIH
Bagaimanakah Dia bermula menarik anda kepadaNya? Ingat kembali seketika, bagaimana dan bila Tuhan membuka mata anda untuk melihat Penyelamat dan Tuhan anda. Bagaimanakah kemajuan anda? Apakah anda lebih mengasihiNya hari ini? Apakah anda lebih mengasihi firmanNya? Kita kerap menganggap diri sebagai sebahagian dari suatu keluarga, suatu gereja, suatu perkumpulan, atau suatu kumpulan pekerja, namun adakah kita menganggap diri sebagai anggota rumahtangga Allah? 1 Petrus 2:5 berkata "Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian kamu menjadi imam yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus." Tunduklah di depan Tuhan, dan persembahkan kepadaNya korban pujian. Masuklah melalui pintu gerbangNya dengan nyanyian syukur, ke dalam pelataranNya dengan puji-pujian. Renungilah hakikat ini dalam setiap langkah anda hari ini.
BERBUAH
Anggota rumahtangga Allah.
BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org