Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 13 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 2:11-16.
Baca ayat 12 sekali lagi. Bagaimanakah Paulus menggambarkan kedudukan kita di depan Kristus? Dalam ayat 13, apakah yang mengubahkan segalanya?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 2:13
"Tetapi sekarang, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus, kamu yang dahulunya jauh daripada Allah, telah didekatkan kepada Allah oleh kematian Kristus."

MENJIRAM BENIH
1 Petrus 2:10 berkata, "Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya." Kerap kali kita berasa kita tidak dapat sedekat Tuhan seperti yang kita ingin. Rupanya ada tembok atau jurang di antara kita dan Tuhan. Ketika anda merenungi ayat kitab hari ini, berfokuslah kepada hakikat bahawa Tuhan telah membawa anda mendekatiNya, tabir sudah terbelah dua, dan anda dibenarkan memasuki bilik takhta pada sebarang masa. Hari ini, sentiasa ulangilah ayat ini dan percayalah ajarannya, dan bukannya perasaan anda.

BERBUAH
Didekatkan oleh kematian Kristus.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org