Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 40 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Filipi 1:3-11.

Akhir sekali, bacalah sajak ini.

Taman Kesolehan
oleh Susan Sampson, Thistlebend Ministries

Kini masanya, kini musimnya;
Untuk kemuliaan Allah.
Kini masanya, masa menghapuskan
Dosa hati kita, agar kita berbuah.

Hati kita adalah tanah gersang;
Tanpa sebarang yang indah.
Penuh lalang penting diri, malas dan bangga,
Langsung tak layak menerima mahkota.

Tuhan, ini memang bukan keinginan Kamu;
Taman gersang ini yang penuh lalang.
Kamu mengingini taman yang dijiram puas.
Taman paparan keindahan Mu.
Ayah, bantulah aku!
Lihatlah lalang yang berleluasa ini!

Pecahkan tanah keras hatiku.
Ya - aku bermula di firman Allah.
Firman Allah adalah benih yang perlu ditanam;
Dan cuma Allah boleh menunaskannya.

Ku tanamkannya dalam hati dan fikiranku;
Ku renungi firmanNya siang dan malam.
Ku tanamkan benih kesolehan;
Tuhan akan membawa hasil indah.

Kita akan menuai hasil kasih yang kekal
Sekiranya kita tidak keletihan dan berputus asa.
Hati kita serupa taman yang dijiram puas;
Serupa sungai yang beraliran.

Buah orang soleh adalah pokok kehidupan;
Pokok kesolehan untuk kepuasan Allah.
Carilah kesolehanNya, tanamlah benih;
Tunduklah kepala, berseru kepada Ayah.

Ganjarannya harum manis sekali
Bunga indah - kasih, sukacita, kedamaian!
Pujilah Allah, tukang kebun besar!
Pujilah Tuhan -
Kerana hasil tanamanNya;
Berbuah seratus kali!
Hari 39

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org