Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 18 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:1-3.
Baca kembali ayat-ayat 1-2 dengan hati berdoa. Apakah ajaran Allah kepada anda tentang peranan anda sebagai isteri, ibu, saudara perempuan, sahabat? Apakah tabiat pemikiran, sikap hati, atau kelakuan anda yang perlu diubah? Bagaimanakah anda bersikap lebih lembut? Terhadap siapakah perlu anda lebih bersabar? Apakah yang perlu anda lakukan untuk saling menanggung beban, dengan kasih, dan bukan sahaja bertoleransi? Ingatlah, pembaca yang dikasihi, lakukanlah segala ini untuk kemuliaan Allah dan demi InjilNya yang berharga.

Ketika kita menjadi marah, mempunyai semangat kritikal, atau cepat membuat kesimpulan, kita memutuskan kesatuan dengan tubuh Kristus. Tuhan ingin kita rajin mengawasi hati kita. Paulus mengajar kita bersemangat, berjaga-jaga, sepenuhnya berusaha, dan pantas memulihkan sebarang yang tercedera atau tersinggung. Hari ini, "Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara" (Efesus 4:3).

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 4:1-2
"Itulah sebabnya aku - orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan - menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu. Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu."

MENJIRAM BENIH
Ayat penghafalan hari ini tidak perlu dijelaskan lagi. Ia memanggil kita ke kesucian di dalam dan di luar, kesucian yang berasal dari sikap mengutamakan Allah dan selepas itu orang lain sebelum diri sendiri. Saya menggesa anda menerima cabaran Paulus dan menjadikan ayat ini matlamat anda, bukan sahaja hari ini, bahkan sehingga akhir pelan ini, ataupun bahkan seluruh hidupmu! Sekarang, minta Tuhan membantu menjadikan ayat ini pengalamanmu.

BERBUAH
Hidup berpadanan dengan panggilan itu.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org