Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 10 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 2:1-3.
Apakah ajaran Paulus tentang keadaan kita sebelum Kristus? Bagaimanakah ayat 1 menggambarkan keadaan kita? Apakah keupayaan kita dalam keadaan tersebut? Mengikut ayat 2, siapakah pemimpin kita pada masa itu? Apakah nafsu yang menguasai kita? Dalam Kristus, kita kini anak angkatNya. Namun apakah kita pada masa itu, mengikut ayat 3? Ngeri sekali!

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 2:3
"Sebenarnya dahulu kita semua seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan segala sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain, kita pun kena kemurkaan Allah."

MENJIRAM BENIH
Lebih banyak kita menyedari kerosakan moral kita, lebih banyak kita akan mengasihi Injil. Kita masih hidup dalam sekitar dosa. Kita dilahir dalam dosa (Mazmur 51), namun di dalam Kristus kita sudah diberi kuasa mengatasi dosa. Kuasa dosa sudah dipatahkan, kita tidak lagi "terikat" kepadanya. Kita dibebaskan kerana hukuman dosa sudah dibayar. Kita kini di dalam Kristus.

Hari ini, perhatikanlah fikiran dan tindakan anda. Apakah nafsu-nafsu keduniaan yang ditentang anda? Apakah keinginan seketika yang dinafikan anda? Apakah fikiran-fikiran anda yang langsung dibuangkan? Senaraikannya dan bersyukurlah kepada Tuhan sekiranya anda terlihat pembangunan rohani. Sekiranya anda tidak menafikan diri dalam perkara yang perlu dinafikan, minta Tuhan mengampuni anda dan mintalah bantuanNya. Dahulunya kita hidup di dalam nafsu daging. Kini tidak lagi!

BERBUAH
Bukan lagi anak kemurkaan dan nafsu keduniaan.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org