Botol Marmar Sampel

The Alabaster Jar

HARI 5 DARIPADA 5

Keghairahan Dibalas

Dalam keghairahan dan kemurahan hatinya, Maria menerima kritikan daripada Yudas tentang keutamaan. Yesus membalas Yudas, dengan memaklumkannya bahawa akan sentiasa ada peluang untuk melayan. Maria, tidak seperti saudara perempuannya Marta, yang melakukan banyak kebaikan dan menjaga ramai orang, mengetahui “hanya satu yang mustahak” (Lukas 10:42), iaitu, menyembah dalam hadirat Yesus.  

Kita belajar daripada Maria bahawa penyembahan sebenar adalah kehidupan yang dicurahkan sebagai respons terhadap Allah yang mengosongkan diri-Nya.  “Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia.” (Filipi 2:6-7)

Ia merupakan suatu gambaran yang amat berkuasa dan membangkitkan perasaan: Allah kita telah dicurahkan dalam pengosongan-Nya. Dia telah mengosongkan diri-Nya untuk menjadi manusia, dan kemudiannya sebagai manusia Dia hidup secara rendah hati di kalangan kita dalam keadaan yang dianggap sebagai kemiskinan yang amat sangat pada zaman ini. 

Yesus, Allah kita, telah memberikan amat banyak untuk dilahirkan di antara kita.

Pada akhirnya, kita melihat tindakan murah hati yang terbesar. Dia telah mengorbankan nyawa-Nya untuk kita. Ia merupakan hadiah yang paling berharga, pemberian yang paling penting. Lima hari kemudian, dengan keharuman minyak wangi itu masih ada dalam kenangan-Nya, Yesus menuju ke salib. Allah kita telah dicurahkan seperti minyak wangi yang berharga, dikosongkan pada salib sebagai korban, yang khas dan yang menyenangkan hati-Nya apabila Dia mati untuk kita, untuk menebus dosa kita. Keghairahan dibalas.

Semasa kita mengakhiri perjalanan lima hari ini, mohonlah agar Allah berbicara kepada hati anda tentang keghairahan dan kemurahan yang telah kita saksikan bersama-sama. Biarlah keghairahan Maria memenuhi penyembahan anda, seperti minyak wangi berkuasa yang telah dicurahkan. Berehatlah dalam hadirat Yesus dengan kesyukuran. Pertimbangkan respons anda. 

Layari Tearfund.org dan ketahui lebih lanjut tentang pekerjaan kami. 

Hari 4

Perihal Pelan

The Alabaster Jar

Kehidupan yang dicurahkan. Kita melihat contoh ini pada Maria yang mengurapi Yesus (Yohanes 12:1-8). Sepanjang 5 hari yang akan datang, marilah kita mengikuti perbuatan Maria dan pecahkan botol marmar, supaya kita boleh dipenuhi keharuman Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv