Botol Marmar Sampel
Duduk Dekat Kaki-Nya
Ada apa lagi yang kita tahu tentang Maria ini?
Dia ialah saudara perempuan Marta dan kita mendengar sesuatu tentang mereka dalam injil Lukas. Dalam Lukas 10:39-42, kita membaca tentang lawatan Yesus ke Betania, di mana seorang perempuan bernama Marta menyambut-Nya ke rumahnya.
“Marta mempunyai seorang saudara perempuan bernama Maria. Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya. Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!’ Namun, Tuhan menjawabnya, ‘Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara, tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”
Maria telah memilih yang lebih baik atau ‘bahagian’ yang terbaik seperti yang dinyatakan oleh terjemahan lain. Barangkali bahagian memaksudkan bahagian makanan? Maria telah memilih makanan yang lebih baik, roti yang memberikan hidup, yang esa, benar dan hidup, yang lebih baik daripada masakan anda, Marta, dan ia tidak akan diambil daripadanya, diterangkan Yesus.
Maria fikir dia siapa? Tiada perempuan yang boleh ‘duduk dekat kaki’ seseorang Rabi dengan begitu saja, kerana melakukan itu bermaksud Rabi itu telah menerima dia sebagai muridnya. Melalui tindakan mudah ini, Yesus telah menaikkan status Maria kepada seorang lelaki dan telah berkomunikasi dengan dia dan seluruh komunitinya, nilai tidak terbatasnya, kerana Dia telah memilih dia untuk menjadi murid-Nya.
Banyak daripada penderitaan dalam dunia ini berpunca daripada ketidaksamaan antara lelaki dan perempuan. Ketidaksamaan ini boleh menyebabkan pembunuhan bayi perempuan, anak perempuan yang tidak berpeluang ke sekolah, dipaksa untuk perkahwinan kanak-kanak, mutilasi genitalia perempuan dan keganasan mengikut jantina. Namun, Yesus, Allah kita, telah menjemput Maria, seorang perempuan, untuk menjadi murid-Nya.
Berdoalah pada hari ini untuk sesiapa yang dikenali yang menghadapi isu-isu ini dan berdoalah agar mereka akan belajar menghormati satu sama lain, kerana kita semua telah dicipta dalam gambaran Allah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan Tearfund untuk memerangi keganasan mengikut jantina, anda boleh membaca kisah Amina, dan kisah perempuan lain, di Tearfund.org.
Kitab
Perihal Pelan
Kehidupan yang dicurahkan. Kita melihat contoh ini pada Maria yang mengurapi Yesus (Yohanes 12:1-8). Sepanjang 5 hari yang akan datang, marilah kita mengikuti perbuatan Maria dan pecahkan botol marmar, supaya kita boleh dipenuhi keharuman Yesus.
More