Botol Marmar Sampel

The Alabaster Jar

HARI 3 DARIPADA 5

Dia Berbau Busuk

Kita mendengar tentang Maria lagi kerana dia dan Marta telah mengirim khabar kepada Yesus tentang saudara mereka, Lazarus, yang sakit. Kisah ini dicatatkan dalam Yohanes 11: 

“Apabila Yesus tiba di tempat itu, Dia mendapati Lazarus sudah dikubur selama empat hari… Apabila Marta mendengar seseorang berkata bahawa Yesus datang, dia pun keluar untuk menjumpai Yesus, tetapi Maria tinggal di rumah… Marta dan Yesus berbual. Setelah itu, Marta pun pergi memanggil Maria, saudaranya lalu berbisik kepadanya, ‘Guru di sini dan Dia memanggil kamu’ Mendengar hal itu, Maria cepat-cepat bangun lalu pergi menjumpai Yesus… Apabila Maria sampai ke tempat Yesus dan melihat Dia, Maria berlutut pada kaki Yesus dan berkata, ‘Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!’ Apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang datang bersama-sama Maria juga menangis, Yesus sedih hati dan terharu. Dia bertanya kepada mereka, ‘Di manakah kamu mengubur dia?’ Mereka menjawab, ‘Mari lihat, Tuhan.’ …Yesus menangis.” 

Yesus mengasihi Maria. 

Kita hanya boleh meneka intensiti dan perasaan pertemuan ini; Maria berasa patah hati dalam penderitaannya, Yesus berasa sedih semasa melihat kesedihannya. Dalam ini, kita melihat hati yang bersedih kerana penderitaan dalam dunia kita dan kerelaan-Nya menyertai kita dalam penderitaan kita. Dia ialah, dan sentiasanya Allah yang menyertai kita, pada waktu keperluan terbesar kita. Berdoalah pada hari ini untuk penderitaan dunia kita dan bersyukur kepada Allah kerana Dia menyertai kita.  

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Alabaster Jar

Kehidupan yang dicurahkan. Kita melihat contoh ini pada Maria yang mengurapi Yesus (Yohanes 12:1-8). Sepanjang 5 hari yang akan datang, marilah kita mengikuti perbuatan Maria dan pecahkan botol marmar, supaya kita boleh dipenuhi keharuman Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv