Botol Marmar Sampel

The Alabaster Jar

HARI 4 DARIPADA 5

Memberi Segalanya

Enam hari sebelum Perayaan Paskah, dan lima hari sebelum penyaliban Yesus, Yesus pergi ke Betania, rumah Lazarus, yang telah dibangkitkan-Nya daripada kematian. Mereka menyiapkan makan malam untuk-Nya. Lazarus berada di sana dan Marta menghidangkan makanan. Pada malam itu, Maria membawa sebotol minyak wangi yang mahal, yang diperbuat daripada akar wangi—barangkali minyak pengurapan yang sama seperti yang digunakan pada Lazarus semasa dia dikuburkan. Dengan berani, dia memecahkan buli-buli marmar itu. Dia tidak berniat menyimpannya.

Dengan serta-merta, keharuman eksotik yang kuat memenuhi tempat itu dan dia berlutut, dalam cara yang sama yang dilakukannya semasa dia menangis di depan Yesus di kubur Lazarus. Dia duduk di kaki guru—gurunya—lelaki yang telah memilihnya dan mengasihinya, yang telah membangkitkan saudaranya daripada kematian. Maria melaksanakan suatu tindakan nubuatan dan mengurapi Yesus untuk penguburan-Nya enam hari kemudian.

Dengan perlahan, dia melepaskan rambutnya.

Perempuan Yahudi seharusnya mengikat rambut mereka dan menutup rambut mereka—satu-satunya orang yang boleh melihat rambut seseorang perempuan yang tidak diikat ialah suaminya. Melalui tindakan menyapu kaki Yesus dengan rambutnya, dia memberitahu semua orang, Yesus bagaikan suami saya.

Dengan lembut, dia menyapu kakinya dengan rambutnya; seolah-olah masa tidak berjalan, semasa seluruh rumah dipenuhi keharuman minyak wangi itu, perempuan ini memberikan segalanya kepada Yesus. Dia bukan sahaja memberikan Yesus minyak wangi yang mahal, berkemungkinan benda paling mahal yang dimiliki keluarganya, tetapi dia juga memberikan dirinya.

Dia betul-betul terbuka.

Kehidupan yang dicurahkan; memberikan segalanya.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Alabaster Jar

Kehidupan yang dicurahkan. Kita melihat contoh ini pada Maria yang mengurapi Yesus (Yohanes 12:1-8). Sepanjang 5 hari yang akan datang, marilah kita mengikuti perbuatan Maria dan pecahkan botol marmar, supaya kita boleh dipenuhi keharuman Yesus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv