Kemuliaan RajaSampel
Pemulihan daripada Bapa
Allah terlibat dalam pemulihan dan Dia merupakan tuan pemulihan.
Sambo ialah saksi yang hidup! (Lihat Hari 2) Pada waktu yang paling teruknya, isterinya berasa takut akannya, jirannya tidak menyukainya dan anak-anak lelakinya telah didagangkan. Walau bagaimanapun, semasa saya menemuinya, keadaannya adalah berbeza. Dia dipenuhi sukacita dan kasih sayang kerana dia telah mengalami pemulihan Allah dalam kehidupannya.
Apabila Sambo mempercayai Tuhan, dia telah disembuhkan daripada ketagihan alkoholnya. Hubungannya dengan isterinya juga dipulihkan dan dia memulakan perniagaan sendiri. Pendapatan tambahan itu bermaksud dia boleh membawa anak-anaknya pulang. Dia juga memulakan sebuah gereja kecil, yang dihadiri lebih kurang 20 buah keluarga tempatan.
Apabila kita mengalami kuasa penebusan Allah dalam kehidupan kita, segala sesuatu berubah.
Kita semua mengenali orang yang memerlukan pemulihan kehidupan. Barangkali ini adalah benar buat anda?
Doa:
Saya dipenuhi kesyukuran kerana Engkau mahu menyelamatkan saya daripada keremukan saya. Saya memohon pemulihan-Mu pada hari ini; untuk kepenuhan, sukacita dan kasih. Amin.
Perihal Pelan
Semasa Yesus mengumumkan permulaan pelayanan-Nya, Dia menggunakan kata-kata dalam Yesaya 61. Dia menyatakan bahawa misi-Nya adalah untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin; untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk menghiburkan orang yang berduka. Namun, apakah rupa bentuk berita baik?
More