Kemuliaan RajaSampel

Splendor Of The King

HARI 5 DARIPADA 5

Demi Kemuliaan-Nya

Kita melihat kemuliaan Allah dalam ciptaan—dalam oasis tropikal, puncak gunung yang dilitupi salji, dan tahi bintang. Walau bagaimanapun, antara semua bahagian ciptaan-Nya yang luar biasa, kemuliaan Allah ditunjukkan dengan terbaik dalam kita! Dia mengambil bekas yang pecah dan mengubahnya menjadi karya agung yang mencerminkan keindahan sempurna-Nya. Dia memilih untuk menjadikan kita mahkota ciptaan-Nya.

Yesus menghabiskan masa di padang gurun dan dicubai. Iblis menjanjikan-Nya segala kekuasaan dan kemuliaan dunia, jika Dia sujud dan menyembahnya. Namun, Yesus sedar akan panggilan-Nya yang lebih tinggi. Dia sedar bahawa kekuasaan dan kemuliaan hanya datang daripada Bapa. Dia juga menyedari tujuan-Nya—Dia datang untuk orang yang sesat, orang yang tertindas, orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah.

Ciptaan besar Bapa adalah untuk menunjukkan kemuliaan-Nya melalui semua orang—khususnya golongan yang tersisih, seperti Sambo. Kasih dan kasih karunia Allahlah yang membawa pemulihan kepada orang yang hidup dalam keremukan. Dia mahu mengubah kehidupan. Kita telah dicipta untuk membawa pemulihan-Nya kepada dunia kita yang pecah-belah—untuk menjadi sebahagian daripada proses pemulihan-Nya, membawa perubahan di kalangan orang yang tersisih, bukan untuk kemuliaan kita, tetapi untuk kemuliaan-Nya.

Doa:

Semoga pemulihan Kristus wujud dalam kita dan semoga kita memberikannya kepada orang di sekeliling kita, demi kemuliaan Raja. Amin.

Hari 4

Perihal Pelan

Splendor Of The King

Semasa Yesus mengumumkan permulaan pelayanan-Nya, Dia menggunakan kata-kata dalam Yesaya 61. Dia menyatakan bahawa misi-Nya adalah untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin; untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk menghiburkan orang yang berduka. Namun, apakah rupa bentuk berita baik?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv