Kemuliaan RajaSampel
Dicipta untuk Berkembang Subur
Hubungan tidak selalunya mudah, tetapi Allah bersifat relasional dan demikian juga kita. Hubungan mengalami naik dan turun. Mulanya, segala sesuatu adalah okey, tiba-tiba kata-kata yang menyinggung perasaan diucapkan, dan ketegangan timbul.
Sambo, seorang bekas askar kanak-kanak tidak mempunyai banyak milikan. Keluarganya bercerai-berai, dia tidak berhubungan dengan Yesus, jiran-jirannya membencinya dan dia ketagihan alkohol. Wang tidak dapat menyelesaikan isu seperti ini. Dia berasa rindu, dan memerlukan pemulihan hubungan bersama dengan Allah.
Di Tearfund, kami melihat banyak kemiskinan. Adalah mudah untuk melihat kemiskinan sebagai kekurangan wang dan itu memanglah salah satu aspeknya. Namun, wang sudah pasti simptom masalah yang lebih besar, hubungan dengan Allah, diri sendiri dan sesama sendiri yang putus.
Apabila Allah mencipta dunia, Dia telah melakukannya dengan rancangan untuk manusia berkembang subur dengan-Nya, bahawa kita akan memiliki hubungan bukan sahaja dengan-Nya malah dengan diri kita sendiri dan dengan orang lain.
Kita tidak dimaksudkan untuk bersendirian. Kita dicipta untuk berkembang subur dan itu bermaksud hidup dalam hubungan yang betul, kerana dalam hubungan yang betul inilah kita mengalami kasih sayang dan perhubungan. Kita telah dicipta oleh Allah untuk satu tujuan dan satu rancangan.
Doa:
Terima kasih Allah kerana menginginkan perkara yang besar buat saya. Saya memohon agar Engkau menyatakan rancangan dan tujuan Engkau untuk saya pada hari ini. Amin.
Perihal Pelan
Semasa Yesus mengumumkan permulaan pelayanan-Nya, Dia menggunakan kata-kata dalam Yesaya 61. Dia menyatakan bahawa misi-Nya adalah untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin; untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk menghiburkan orang yang berduka. Namun, apakah rupa bentuk berita baik?
More