Kemuliaan RajaSampel

Splendor Of The King

HARI 2 DARIPADA 5

Rancangan yang Berbeza  

Jelasnya, Allah memaksudkan orang yang patah hati untuk menemui harapan baru. Rancangan-Nya untuk kita bukanlah untuk hidup semata-mata. Mereka harus menjadi, sebagaimana yang dinyatakan dalam Yesaya 61:3, pohon tarbantin kebenaran.

Pohon tarbantin (pokok oak) merupakan salah satu pokok yang paling besar antara semua pokok, melambangkan perlindungan, kekuatan dan ketahanan. Oak adalah gambaran kestabilan, kerana ia mempunyai akar yang kuat. Allah mahu orang yang hidup dalam kemiskinan, yang patah hati, dan yang bersedih untuk menjadi oak kebenaran. Dia bukan sahaja membebaskan kita, malah Dia membenarkan kita untuk tumbuh subur.

Dapatkah anda bayangkan keadaannya jika orang Kristian hanya diampunkan daripada dosa mereka, tetapi tidak pernah mengalami penerobosan dalam keremukan mereka, atau mengalami kebebasan hidup dalam kasih karunia? Itu tidak memadai. Yesus bukan sahaja mati untuk dosa kita, Dia bangkit daripada kematian supaya kita boleh memperoleh hidup dalam-Nya. Kita telah dibebaskan daripada perhambaan, apa-apa yang kurang daripada itu adalah tidak memadai. Dia memberikan kita kuasa meskipun dalam keremukan kita.

Allah kita adalah Allah yang memulihkan segala sesuatu. Demikianlah peribadi-Nya.

Harapan Kristus terhadap dunia yang menderita membawa kita kepada kepenuhan Yesus.

Doa:

Yesus, Engkaulah harapan saya. Tuhan, bantulah saya untuk tumbuh subur di tempat yang Engkau telah memanggil saya secara khusus. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Splendor Of The King

Semasa Yesus mengumumkan permulaan pelayanan-Nya, Dia menggunakan kata-kata dalam Yesaya 61. Dia menyatakan bahawa misi-Nya adalah untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin; untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk menghiburkan orang yang berduka. Namun, apakah rupa bentuk berita baik?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv