Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel
BERSYUKUR KERANA PERKARA YANG KECIL
Seseorang pernah berkata secara bergurau kepada saya, "Jika sesuatu itu berharga lebih daripada 25 sen, bersyukurlah!" Semasa saya menulis renungan ini, saya terfikir tentang I Tesalonika 5:18.
“Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.”
Dua puluh lima sen pun akan bertambah menjadi seringgit. Yang ironiknya, sering kali perkara yang kecillah yang paling dihargai.
• Fikirlah tentang anak kecil yang memberikan anda sejambak dandelion dengan senyuman yang lebar semasa anda mengatakan terima kasih!
• Fikirlah tentang nota yang ditulis tangan di dalam laci yang ditinggalkan oleh orang yang dikasihi yang telah meninggal dunia.
• Fikirlah tentang orang asing yang berhenti untuk menolong anda di tepi jalan.
• Bagaimana pula dengan panggilan tak dijangka daripada kawan yang sudah bertahun-tahun tidak mendengar khabar tentangnya?
• Pelukan pagi daripada anak atau cucu, ataupun pasangan.
• Kaki binatang kesayangan di tangan anda, yang inginkan perhatian anda.
Semua ini cumalah beberapa fikiran untuk membuat anda mengenang semula perkara kecil yang bermakna kepada anda. Jika seseorang tidak menjaga kereta buruk yang diberikan semasa kecemasan, berkemungkinan besar orang itu juga tidak akan menjaga kereta baru pada masa akan datang.
“Sesiapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar. Tetapi sesiapa yang tidak jujur dalam perkara kecil, tidak akan jujur dalam perkara besar.” Lukas 16:10
Saya kerap tertanya-tanya jika Allah menguji kita dengan perkara kecil untuk melihat betapa bersyukurnya kita. Ini menyentuh semula bacaan kita pada hari yang pertama. Anda masih ingat ibu yang rendah hati di Afrika yang mengumpulkan anaknya untuk menyanyikan lagu sukacita? Pada pandangan kita, mereka memiliki sedikit sahaja; namun, pada pandangan mereka, mereka merasai berkat apa yang dimiliki dan bersukacita. Mereka belajar menuai kesyukuran sepanjang tahun! Semoga kita memungut saki-baki tuaian mereka!
LATIHAN HARI INI:
• Luangkan masa untuk menjelaskan senarai perkara kecil yang bermakna kepada anda secara terperinci.
• Ingatlah, banyak perkara kecil diperlukan untuk mencapai perkara yang besar: paku sepenting kayu yang membina rumah!
• Semakin anda bersyukur kepada Allah dan orang lain, semakin mudah untuk mengucap syukur.
• Berazam untuk 'Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!”
Sekiranya anda menikmati renungan ini, saya mendorong anda untuk menaip Eternity Matters With Norma di YouVersion untuk melihat renungan lain yang ditulis oleh Norma.
Penulis dan karyanya yang lain boleh ditemui di http://facebook.com/eternitymatterswithnorma.
Perihal Pelan
Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian!
More