Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel

Harvest Thanksgiving All Year Round!

HARI 4 DARIPADA 7

APAKAH YANG MEMENUHI FIKIRAN ANDA?

"Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat."Filipi 4:8

Kita tidak menyatakan kesyukuran kerana fikiran kita asyik dengan sesuatu perkara. Pernahkah anda rasa begitu sibuk sehinggakan anda menyapa orang yang dikasihi semasa ke sana ke mari? Dengan kata lain, anda terlalu sibuk melibatkan diri sehinggakan anda terlepas keutamaan hal yang penting. Hidup memanglah sibuk. Jika anda belum bersara, hari anda mungkin melibatkan kerja, anak, sekolah, aktiviti luar kurikulum, gereja, menjadi sukarelawan, sukan, membeli-belah, kongsi kereta, dan sebagainya.

Barangkali anda bukan begitu, sebaliknya fikiran anda dipenuhi hawa nafsu, pornografi, minuman keras, makan berlebih-lebihan, atau wayang yang anda sedar anda tidak harus tonton.

Kita telah mempelajari gaya hidup yang kelihatannya ialah norma masyarakat. Kita seharusnya melakukan 'segala' kerja seolah-olah kita melakukannya untuk Tuhan, kita patut melakukannya dengan penuh kesyukuran. Jika kita sedar bahawa apa yang dilakukan itu tidak menyenangkan hati Allah, kita sedar bahawa kita tidak mendekati-Nya dengan pujian dan kesyukuran.

Adakah saya menyebut persaraan? Ya, kita mungkin asyik sesudah bersara dengan bercuti, bermain golf, memanjakan cucu, dan makan bersama-sama kawan. Kita mungkin sibuk dengan hobi dan kraf serta pengembaraan yang menyeronokkan, yang memenuhi fikiran kita dengan perkara lain dan bukannya kesyukuran. Sudah tentu tidak salah untuk melakukan perkara yang tersebut dalam bacaan hari ini, tetapi kita mesti belajar melakukan segala sesuatu dengan Yesus sebagai fokus kita dan dengan kesyukuran.

Roma 12:2 mengingatkan kita agar tidak mengikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kita berfikir!

Bagaimanakah kita membaharui cara kita berfikir?

Pertama, kita mesti menyedari dorongan kita dan mengapa kita ingin melaksanakan sesuatu itu. Berterus terang dengan Tuhan, dan semasa berbual dengan Dia, tanyalah diri jika aktiviti anda tertumpu pada diri sendiri supaya dihargai dan dipuji oleh orang lain. Anda tahu bahawa hal yang memenuhi fikiran anda bersifat mementingkan diri. Jika inilah anda, mohonlah pengampunan Allah dan meminta pertolongan-Nya untuk mengubah perkara yang memenuhi fikiran anda.

LATIHAN HARI INI:

· Jika anda mendapati diri terlalu sibuk, fikirlah bagaimana memendekkan senarai itu.

· Jika fikiran anda dipenuhi perkara yang berdosa, yang tidak memuliakan perjalanan anda dengan Tuhan, hadaplah Allah dengan hati yang benar dan bercakap dengan Dia.

· Selidiki diri sendiri untuk menentukan jika perbuatan dan aktiviti anda mementingkan diri atau memuliakan Allah.

· Bertekadlah untuk bersyukur dan bersukacita dalam hidup anda!

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Harvest Thanksgiving All Year Round!

Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian!

More

Kami bersyukur kepada Eternity Matters With Norma kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.facebook.com/eternitymatterswithnorma