Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel

Harvest Thanksgiving All Year Round!

HARI 5 DARIPADA 7

MENGAGUNGKAN ALLAH DENGAN KESYUKURAN!

Bagaimanakah kita membesarkan Allah dengan kesyukuran kita? Terdapat beberapa cara untuk menunjukkan Allah kesyukuran kita kerana siapa Dia dan segala sesuatu yang telah dilakukan oleh-Nya.

• Ketaatan: Saya diingatkan dalam Firman-Nya bahawa 'ketaatan' adalah lebih baik daripada persembahan dan korban. 1 Samuel 15:22 Apabila kita mentaati Firman dan hidup berdasarkan Firman-Nya, kita bersyukur kepada Allah secara berterusan melalui gaya hidup kita!
• Memuji dengan nyanyian: "Aku akan memuji Allah dengan nyanyian; aku akan mengagungkan Dia dengan ucapan kesyukuran." Mazmur 69:30
• Belas kasihan: "Hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus." Efesus 4:32
• Doa: "Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus." 1 Tesalonika 5:16-18
• Kemurahan hati: "Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati!" 2 Korintus 9:7

Fikirlah tentang cadangan ini untuk membangkitkan kesyukuran dan sukacita daripada hati anda!

Saya suka menyamakan melayani Allah sepenuhnya dengan analogi membakar sekumpulan biskut cip coklat. Jika saya tergesa-gesa, saya mungkin cuba mempercepatkan proses itu; barangkali menggunakan suhu yang lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam resipi. Saya mungkin terseleweng oleh panggilan telefon dan lupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunan kering. Ataupun, mungkin membuat keputusan yang salah untuk menggunakan cip coklat yang lama.

Saya rasa anda tidak akan merasa kesyukuran dan kasih saya jika saya memberikan anda biskut yang dibakar demikian. Maka, demikian jugalah dengan Tuhan. Seperti membakar, kita mengambil masa, menghentikan kerja yang lain, dan menggunakan ramuan yang terbaik dan paling segar. Kebanyakan lelaki rasa dihargai dan dikasihi apabila mereka menghidu biskut itu dan lebih baik lagi apabila mereka dihidangkan sepinggan biskut.

Allah menunggu kita untuk mendekati-Nya setiap hari, untuk menyatakan kasih kita melalui kesyukuran!

LATIHAN HARI INI:

• Gunakan senarai ini atau buat senarai tersendiri tentang cara untuk mengagungkan Tuhan.

• Sesungguhnya suatu anugerah untuk berada dalam hadirat Pencipta; membatinkan fikiran ini dalam jiwa ini!

• Jangan menjadikan Allah rutin harian anda yang terakhir.

• Bangkitkan kesyukuran daripada hati anda.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Harvest Thanksgiving All Year Round!

Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian!

More

Kami bersyukur kepada Eternity Matters With Norma kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.facebook.com/eternitymatterswithnorma