Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel
MENGHADAP DIA DENGAN KESYUKURAN!
"Marilah kita memuji TUHAN, dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita! Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian. TUHAN itu Allah yang berkuasa, raja perkasa yang menguasai semua dewa." Mazmur 95:1-3
Sesetengah orang bangun dengan senyuman, ingin sekali hendak bangun! Orang lain pula menutup kepala bila terbit matahari dan mengeluh, tidak mahu menghadapi hari itu.
Satu perkara yang saya harap anda belajar melalui renungan ini ialah setiap minit anda terjaga, anda mempunyai keistimewaan dan peluang untuk berada dalam hadirat Allah! Bagaimana saya mengetahuinya? Kerana di kalvari, tirai koyak dari atas sampai ke bawah apabila bumi bergoncang, membenarkan kita untuk menghadap takhta dengan berani. Kematian Yesus di salib memberikan kita akses kepada hadirat-Nya! Kita tidak lagi memerlukan imam untuk masuk; anda dan saya bebas memasuki hadirat-Nya!
Waktu kita bangun setiap pagi, waktu kita melihat cahaya-Nya bersinar melalui tingkap kita, waktu kita melihat langit atau mendengar kicauan burung, kita berada dalam sebentuk hadirat-Nya, kerana Dia telah mencipta segala sesuatu. Bagaimanakah kita harus menyapa Tuhan? Alkitab memberitahu kita untuk bernyanyi dengan gembira, dan menghadap Dia dengan apa? Dengan kesyukuran!!
LATIHAN HARI INI:
• Jika anda bersifat perengus pada waktu pagi, menghentikannya dari awal-awal lagi!
• Menjadikan bersenyum itu kebiasaan sebelum kopi atau teh pagi.
• Menyapa orang yang dikasihi dengan ceria dan cuba mengucapkan syukur kepada mereka kerana sesuatu.
• Bernyanyi dengan gembira semasa memandu ke tempat kerja atau kedai runcit.
Perihal Pelan
Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian!
More