Keupayaan: Kepimpinan PelajarSampel

Capacity: Student Leadership

HARI 5 DARIPADA 5

1 Timotius 4:12-16
Adalah mudah untuk mempercayai dusta bahawa anda adalah terlalu muda untuk melakukan hal-hal yang besar. Namun, itu tidak benar. Anda, pada masa ini dan hari ini, berkeupayaan menjadi contoh untuk SEMUA ORANG
dalam kehidupan anda. Anda boleh membuat perbezaan, dan anda tidak perlu tunggu sehingga anda menjadi lebih tua, lebih bijak, atau lebih matang. Allah akan menggunakan anda sekarang yang sedia ada. Jadi, hiduplah setanding panggilan Allah terhadap anda dan menjadi orang yang Dia jadikan anda. Abdikan diri anda sepenuhnya kepada hal-hal tersebut. Sekiranya anda melakukan itu, anda akan melihat Allah melakukan hal-hal yang menakjubkan, mengagumkan, dan menarik dalam dan melalui kehidupan anda. Pergilah dan jalani kehidupan yang menikmati Allah, orang yang Dia jadikan anda. Muliakan Dia dalam semua yang anda miliki dan seluruh hidup anda.
Hari 4

Perihal Pelan

Capacity: Student Leadership

Allah telah memanggil anda untuk perkara yang besar. Bukan apabila anda menjadi lebih tua, tetapi sekarang. Pelan ini akan mendorong anda dan menunjukkan kepada anda maksud bangkit dan memimpin di mana anda berada dalam kehidupan anda sekarang. Allah boleh dan akan menggunakan anda dalam cara-cara yang menakjubkan. Persoalannya adakah anda akan membenarkan-Nya untuk berbuat demikian?

More

We would like to thank Switch, a ministry LifeChurch.tv, for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv