Keupayaan: Kepimpinan PelajarSampel

Capacity: Student Leadership

HARI 2 DARIPADA 5

Markus 10:42-44
Kepimpinan bukanlah mengenai mengarahkan orang dan memberitahu orang apa yang harus dilakukan. Kepimpinan adalah tentang mengambil tempat yang anda minati dan mengongsikan visi itu dengan orang lain. Pemimpin yang sebenar mengambil berat tentang orang yang dipimpin dan mementingkan kesejahteraan mereka. Pemimpin yang hebat akan mencuba sedaya upaya demi orang mereka.
Titus 1:5-9
Melaksanakan panggilan yang telah ditempatkan oleh Allah dalam hidup anda bukan mengenai melakukan sesuatu sahaja. Ia jugalah mengenai menjalani kehidupan dalam cara yang tertentu. Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemimpin, orang akan memerhatikan cara anda menjalani kehidupan anda. Jangan menjadi contoh melalui perkara yang anda lakukan, jadilah contoh melalui cara hidup anda. Itu akan mempunyai kesan yang lebih besar daripada yang disedari anda. Petikan ini menyenaraikan hal yang menjadikan seseorang itu seorang pemimpin. Perhatikan senarai itu. Betapa dekatkah ia menggambarkan anda? Apakah perkara pada senarai itu yang harus anda usahakan? Apabila anda melaksanakan itu, anda akan berada dalam kedudukan yang baik dengan orang lain.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Capacity: Student Leadership

Allah telah memanggil anda untuk perkara yang besar. Bukan apabila anda menjadi lebih tua, tetapi sekarang. Pelan ini akan mendorong anda dan menunjukkan kepada anda maksud bangkit dan memimpin di mana anda berada dalam kehidupan anda sekarang. Allah boleh dan akan menggunakan anda dalam cara-cara yang menakjubkan. Persoalannya adakah anda akan membenarkan-Nya untuk berbuat demikian?

More

We would like to thank Switch, a ministry LifeChurch.tv, for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv