Keupayaan: Kepimpinan PelajarSampel

Capacity: Student Leadership

HARI 3 DARIPADA 5

Keluaran 3:1-12
Allah telah memanggil Musa untuk bangkit dan memimpin umat daripada perhambaan, tetapi Musa tidak mahu melakukannya kerana dia tidak mempercayai dirinya. Dia tidak rasa bahawa dia berupaya melakukannya. Musa terus mengemukakan alasan kepada Allah dan berharap Dia akan mencari orang lain. Namun, Allah memilih Musa untuk menjadi pemimpin. Mengapa? Sementang-mentang itu. Kerana Dia ialah Allah dan Dia boleh memilih sesiapa sahaja yang diingini-Nya. Ia tidak disebabkan oleh apa-apa yang istimewa pada Musa.
Di manakah anda berasa anda kekurangan? Bahagian hidup anda yang manakah membuat anda rasa tidak berupaya? Ketahui bahawa Allah akan menggunakan anda untuk perkara yang besar. Dia ingin melakukannya. Tidak penting mengapa anda berasa anda tidak cukup baik. Lupakan rasa tidak yakin pada diri anda dan pilihlah untuk membenarkan Allah untuk menggunakan anda. Dia mahu anda bangkit dan memimpin, tetapi anda perlu memilih untuk menerima panggilan itu. Maka, pada hari ini, sedarilah semua bahagian yang anda rasa kekurangan. Serahkan semuanya kepada Allah, dan berdoa agar Allah akan menggunakan anda walaupun terdapat kekurangan tersebut.",,
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Capacity: Student Leadership

Allah telah memanggil anda untuk perkara yang besar. Bukan apabila anda menjadi lebih tua, tetapi sekarang. Pelan ini akan mendorong anda dan menunjukkan kepada anda maksud bangkit dan memimpin di mana anda berada dalam kehidupan anda sekarang. Allah boleh dan akan menggunakan anda dalam cara-cara yang menakjubkan. Persoalannya adakah anda akan membenarkan-Nya untuk berbuat demikian?

More

We would like to thank Switch, a ministry LifeChurch.tv, for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv