Keupayaan: Kepimpinan PelajarSampel

Capacity: Student Leadership

HARI 1 DARIPADA 5

Efesus 2:10
Sebelum anda dilahirkan, Allah sudah mempunyai tujuan dan rancangan untuk kehidupan anda. Anda mempunyai nilai dan makna dalam-Nya meskipun sebelum anda melakukan apa-apa. Dia ingin menggunakan anda untuk mencapai tujuan dan rancangan untuk kehidupan anda itu. Mula menemui perkara yang Allah ciptakan anda untuk lakukan. Apakah minat anda dalam hidup? Apakah yang mengujakan anda? Itu boleh menjadi tanda yang menunjukkan perkara yang diniatkan Allah untuk hidup anda.

Kisah Para Rasul 9:1-15
Saulus mempunyai masa silam yang teruk. Dia mengabdikan hidupnya untuk menganiaya orang Kristian. Namun Allah mempunyai rancangan untuk hidupnya. Akhirnya Allah menggunakan Saulus, yang menjadi Paulus, untuk menyebarkan mesej Yesus dan dianggap telah menulis separuh daripada Perjanjian Baru.

Ketahuilah bahawa masa silam anda tidak menghalang anda daripada digunakan Allah dalam cara yang luar biasa. Tidak kira apa jua yang anda telah alami, apa jua yang telah anda lakukan, atau siapakah anda sebelumnya; Allah boleh dan akan menggunakan anda. Jadi apakah beberapa perkara yang masih anda genggam daripada masa silam anda? Lepaskannya dan biarkan Allah bergerak.
Hari 2

Perihal Pelan

Capacity: Student Leadership

Allah telah memanggil anda untuk perkara yang besar. Bukan apabila anda menjadi lebih tua, tetapi sekarang. Pelan ini akan mendorong anda dan menunjukkan kepada anda maksud bangkit dan memimpin di mana anda berada dalam kehidupan anda sekarang. Allah boleh dan akan menggunakan anda dalam cara-cara yang menakjubkan. Persoalannya adakah anda akan membenarkan-Nya untuk berbuat demikian?

More

We would like to thank Switch, a ministry LifeChurch.tv, for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv