Kedamaian AllahSampel
IMAN YANG KUKUH MEMBAWA KEDAMAIAN
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Tidak berubah, kukuh, tidak goyah, teguh, boleh dipercayai, stabil — perkataan ini menggambarkan Allah. Beritahu Allah semasa berdoa, bagaimana anda menghargai-Nya kerana sifat-sifat ini.
MEMULAKAN
Isikan dua dulang pembakar yang leper dengan pasir: satu dengan pasir yang lembap dan padat, yang satu lagi dengan pasir yang longgar dan kering. Golekkan kereta mainan atau guli atas setiap pasir tersebut. Matlamatnya adalah menentukan pasir yang membolehkan objek itu untuk bergolek melalui jarak yang lebih jauh.
MENDALAMI
Sebagaimana adalah lebih mudah untuk bergolek atas pasir yang kukuh, iman yang kukuh menjadikannya lebih mudah untuk anda menghadapi perkara yang baik dan buruk dalam hidup ini. Iman membawakan berkat yang banyak, termasuk kedamaian. Mazmur 29:11 mengatakan, "TUHAN menguatkan umat-Nya, dan memberkati mereka dengan kesejahteraan." Walau bagaimanapun, apabila anda tidak mempercayai Allah, anda memiliki iman yang serupa dengan pasir longgar; anda menjadi buntu dan bergumul dengan kesulitan hidup. Itulah sebabnya anda perlu berdoa agar Allah membawa anda dekat kepada-Nya dan untuk membina iman anda dalam-Nya.
BERBINCANG
- Gambarkan suatu ketika apabila iman anda telah bertumbuh. Apakah yang telah membantu anda bertumbuh dalam iman anda?
- Bagaimanakah anda merasakan kedamaian Allah? Apakah rasanya?
- Allah ialah pencipta kedamaian dan segala sesuatu yang baik. Sudahkah anda meminta-Nya untuk iman yang lebih banyak? Sudahkah anda meminta-Nya untuk kedamaian-Nya?

Kitab
Perihal Pelan
Firman Allah memberitahu kita bahawa Dia memberikan kedamaian "yang tidak mungkin difahami" (Filipi 4:7). Dalam pengajian empat hari ini, anda dan anak anda akan memerhati lingkungan hidup di mana kita boleh mengalami kedamaian itu. Setiap hari termasuk peringatan untuk berdoa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.
More
We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com