Kedamaian AllahSampel

God's Peace

HARI 1 DARIPADA 4

KEDAMAIAN DALAM KESELAMATAN

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Apakah yang melindungi anda setiap hari? Keadaan selamat memberikan perasaan aman. Bersyukur kepada Allah atas apa yang melindungi anda — tali keledar, kunci pada pintu, ibu bapa, polis, ahli bomba dan juga penggera asap.

MEMULAKAN
Siapakah atau apakah yang mungkin menjerit apabila anda menghanguskan roti atau mil oat? (anda, ibu atau bapa anda dan penggera asap)

MENDALAMI
Pada masa dahulu, orang diberi amaran tentang kebakaran apabila seseorang memusingkan kayu berdetar di jalanan. Akan tetapi, orang yang tertidur tidak selalu mendengar bunyi berdetar-detar itu. Kini, rumah dan bangungan lain mempunyai kotak plastik kecil berkuasakan bateri yang memberikan amaran jika berlakunya kebakaran. Anda boleh tidur dengan nyenyak tanpa berasa bimbang tidak mendengar bunyi berdetar-detar di jalanan. Allah memberikan anda kedamaian yang lebih baik, yang membantu anda rasa selamat pada setiap masa. Yesus berkata dalam Yohanes 14:27, "Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut."

BERBINCANG
- Apakah perkara yang menakutkan anda?
- Apabila anda berasa takut, bagaimanakah anda dapat mengingati bahawa Allah ingin memberikan anda kedamaian-Nya?
- Bagaimanakah anda dapat lebih menikmati kedamaian Allah pada hari ini?
Hari 2

Perihal Pelan

God's Peace

Firman Allah memberitahu kita bahawa Dia memberikan kedamaian "yang tidak mungkin difahami" (Filipi 4:7). Dalam pengajian empat hari ini, anda dan anak anda akan memerhati lingkungan hidup di mana kita boleh mengalami kedamaian itu. Setiap hari termasuk peringatan untuk berdoa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com