Kedamaian AllahSampel

God's Peace

HARI 3 DARIPADA 4

RUMAH YANG AMAN

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Mohon pengampunan daripada Allah jika anda telah menyakiti ahli keluarga anda atau telah bersikap tidak bertimbang rasa. Sesudah itu, bersyukur kepada Allah atas hubungan anda dengan keluarga dan kawan anda.

MEMULAKAN
Gunakan warna-warna yang cerah untuk melukiskan sebuah rumah dengan sinaran matahari dan burung di luar rumah dan kek, hadiah serta ahli keluarga di dalam rumah. Kemudian, gunakan warna-warna yang gelap untuk melukiskan sebuah rumah lagi dengan awan ribut dan kilat di luar rumah dan adik-beradik yang tidak menyenangkan satu sama lain di dalam rumah. Bandingkan kedua-dua lukisan itu. Bincangkan mengapa yang satu adalah lebih aman daripada yang lain.

MENDALAMI
Keluarga terdiri daripada orang dengan personaliti dan emosi yang berbeza. Ada kalanya, ahli keluarga berasa gembira, pada masa yang lain mereka rasa marah. Perasaan seseorang itu tidak harus mengubah rumah keluarga yang aman itu. Roma 12:18 menyatakan, "Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang." Dengan menyebut semua orang, ia termasuk ahli keluarga anda. Kadang-kadang berbaik-baik dengan ahli keluarga adalah agak susah. Namun, Amsal 17:1 mengatakan bahawa rumah yang aman adalah amat berharga dan berbaloi diusahakan. "Lebih baik makan sesuap makanan dengan fikiran yang tenang, daripada makan jamuan besar di rumah yang penuh dengan pertengkaran."

BERBINCANG
- Bagaimanakah anda harus melayan ahli-ahli keluarga anda?
- Apakah yang boleh anda lakukan untuk menjadi pendamai di keluarga anda apabila seseorang berasa marah atau bersusah hati?
- Bagaimanakah kedamaian Allah dapat memenuhi rumah anda, meskipun berlaku percanggahan pendapat?
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

God's Peace

Firman Allah memberitahu kita bahawa Dia memberikan kedamaian "yang tidak mungkin difahami" (Filipi 4:7). Dalam pengajian empat hari ini, anda dan anak anda akan memerhati lingkungan hidup di mana kita boleh mengalami kedamaian itu. Setiap hari termasuk peringatan untuk berdoa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com