Kedamaian AllahSampel

God's Peace

HARI 2 DARIPADA 4

KEDAMAIAN MELALUI PEMATUHAN PERATURAN ALLAH

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Beritahu Allah berkenaan perkara yang anda suka tentang Firman-Nya, Alkitab. Beritahu-Nya sebab anda menyukai ayat atau kisah tertentu, dan bersyukur kepada-Nya kerana itu.

MEMULAKAN
Dengan ibu atau ayah yang berdiri dekat-dekat, cuba berjalan dengan kasut musim sejuk, kaki sirip getah atau kasut yang terlalu besar. Betapa jauhkah yang dapat anda jalan tanpa tersandung atau terhuyung-hayang? Pada pendapat anda, adakah baik untuk menetapkan peraturan bahawa benda-benda ini tidak harus dipakai di dalam rumah? Jelaskan.

MENDALAMI
Pertimbangkan Mazmur 119:165: "Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan; mereka tidak akan ditimpa malapetaka" Allah menjanjikan kedamaian yang banyak apabila anda mentaati Firman-Nya. Mematuhi peraturan Allah membantu anda untuk melakukan lebih sedikit kesilapan, dan anda tidak lagi perlu berasa bimbang akan "tersandung" atau terluka kerana keputusan yang buruk. Hidup berdasarkan Firman Allah membenarkan kedamaian-Nya menguasai hati anda. Whew! Sebagai peringatan tentang perkara yang dikatakan Firman Allah, kaji Mazmur 18:31, 19:8, 33:4.

BERBINCANG
- Fikirkan peraturan yang dipatuhi anda, seperti berjalan mengikut lintasan pejalan kaki atau tidak berlari di koridor sekolah. Adakah anda lebih cenderung terluka apabila anda mematuhi peraturan atau apabila anda tidak mematuhinya? Jelaskan.
- Bilakah anda pernah mengalami kedamaian kerana anda telah mematuhi Firman Allah?
- Bagaimanakah anda mendapat semula kedamaian Allah selepas membuat kesilapan bodoh?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

God's Peace

Firman Allah memberitahu kita bahawa Dia memberikan kedamaian "yang tidak mungkin difahami" (Filipi 4:7). Dalam pengajian empat hari ini, anda dan anak anda akan memerhati lingkungan hidup di mana kita boleh mengalami kedamaian itu. Setiap hari termasuk peringatan untuk berdoa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com