Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Selepas menangis sepanjang malam, Daud meminta agar Allah dengan berbelas kasihannya memulihkan tubuh dan jiwanya yang terseksa. Allah mendengar seruan Daud meminta pertolongan.
Apakah maksudnya?
Mazmur keinsafan yang pertama menunjukkan keseksaan yang dihadapi bila beban dosa disedari melalui sabitan Roh Kudus. Dosa itu tidak dinyatakan dalam mazmur tanpa tarikh ini, tetapi secara umumnya dosa itu difikirkan ialah pembunuhan Uria sesudah Daud bercurang dengan Batsyeba. Kata-kata Daud mencadangkan bahawa Allah membenarkannya untuk menderita kerana penyakit yang teruk sebelum ia bertaubat. Pada masa yang sama, musuh cuba membunuhnya. Keseksaan fizikal dan mental itu adalah amat teruk sehinggakan Daud menangis sepanjang malam – sehinggakan menjejaskan penglihatannya. Ia ingin sangat menyembah Allah tanpa rasa bersalah dan memulihkan kedekatan hubungan mereka. Belas kasihan Allah merupakan satu-satunya jaminan bahawa Allah akan menjawab doanya dan mensabitkan musuhnya sedemikian juga.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Terlalu kerap, kita gagal menyedari kesan sepenuh dosa kita. Itu mungkin rasa seperti tusukan peniti bukannya luka yang ternganga pada roh kita. Kita lebih cepat menangis kerana kesan dosa daripada kesannya terhadap persekutuan detik demi detik kita dengan Kristus. Barangkali kita jarang merasakan keseksaan yang digambarkan dalam Mazmur ini kerana, pertama-tamanya, kita kekurangan hubungan yang rapat dengan Tuhan. Apakah dosa dalam hidup anda sekarang ini yang menyedihkan hati Allah? Jangan mengecilkannya; bersemuka dan menanganinya secara langsung. Benarkan kuasa sabitan Roh Kudus yang penuh belas kasihan untuk membawa anda kembali kepada hubungan yang kekal dengan Kristus. Adakah anda akan menggunakan Mazmur 6 sebagai doa peribadi anda hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More