Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud mempercayai Allah untuk menjadi pelindungnya, meskipun banyak musuh memburunya. Ia memandang Tuhan, yang berbelas kasihan dan benar, dan tidur dengan nyenyak.
Apakah maksudnya?
Daud melarikan diri daripada anaknya Absalom yang berbahaya, yang bukan sahaja merampas takhta bapanya malah berniat untuk membunuhnya. Di tengah-tengah keadaan yang terdesak itu, hati Daud adalah cukup tenang untuk tidur nyenyak. Bagaimana? Ia mengetahui bahawa Allah berpihak kepadanya dan ia yakin akan keupayaan Allah untuk menyelamatkannya. Semasa ia berbaring pada waktu malam, Daud berdoa untuk bantuan, menumpukan perhatian pada kebenaran yang diketahuinya – Allahnya yang benar dan berbelas kasihan mendengar dan melindungi umat-Nya. Waktu yang paling teruk dalam kehidupan raja itu menjadi peluang untuk mengalami hadirat Tuhannya yang memeliharanya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kerisauan dan kehampaan boleh merampas rehat yang amat diperlukan. Semasa anda tidak dapat tidur, anda boleh menumpukan perhatian pada isu yang membuat anda terjaga ataupun bercakap dengan Dia yang mengenali anda dan masalah itu. Beritahulah Allah tentang perasaan anda, mencari sebab untuk mengucapkan kesyukuran, dan memuji Dia kerana aspek sifat-Nya yang relevan khususnya dalam situasi ini. Kemudian, serahkan kekhuatiran anda kepada Dia dan menerima tindakan-Nya secara rela. Kedamaian Allah bukanlah hasil keadaan yang berubah tetapi hasil kepercayaan yang tidak bergoyah dalam sifat-Nya (Flp 4:6-8).
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More