Hidup dalam Kebaikan AllahSampel

Living Out God's Goodness

HARI 4 DARIPADA 4

MENCERMINKAN KEBAIKAN

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana kebaikan-Nya dalam kita. Minta-Nya untuk bantu anda mencerminkan kebaikan-Nya pada orang lain.

MENYELAMINYA
Ambil sebuah cermin kecil dan berdiri berdekatan tingkap di mana cahaya matahari bersinar terang. (Jika tiada sinaran matahari yang terang, gunakan lampu.) Condongkan cermin itu supaya ia memantulkan cahaya. Ambil giliran memegang cermin itu dan pancarkan cahaya matahari pada satu sama lain. Elakkan daripada memantulkan cahaya pada mata orang lain. Sebaliknya, tumpukan cahaya pada hati mereka.

MENDALAMINYA
Mereka yang berdiri dalam pantulan cahaya cermin itu boleh melihat cahaya yang memasuki melalui tingkap dan bukannya daripada orang yang memegang cermin itu. Dalam cara yang sama, kita boleh memantulkan kebaikan Allah pada orang lain. Matius 5:16 berkata, "Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga." Kebaikan Allah bersinar melalui anda dan berkuasa mengubah hati. Apabila anda melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain, anda mencerminkan kebaikan Allah pada mereka.

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Bagaimanakah anda dapat mencerminkan kebaikan Allah pada orang lain pada hari ini?
- Cermin yang kotor mengaburkan pantulan. Apakah yang boleh mengaburkan pantulan anda akan kebaikan Allah?
- Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan cermin anda tetap terang dan bersih?
Hari 3

Perihal Pelan

Living Out God's Goodness

"Baik-baik ya!" adalah sesuatu yang didengar berulang kali oleh kanak-kanak—daripada ibu bapa, guru, dan juga adik-beradik yang suka mengarah. Namun, apakah rupa bentuk "kebaikan"? Dalam pelan empat hari ini, anda bersama-sama anak-anak anda akan menerokai perbezaan antara berkelakuan baik semata-mata dan betul-betul berbaik-baik. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

From Focus on the Family's www.focusonthefamily.com/youversion. © [2011] [Jeanne Gowen Dennis]. Used by permission. For more information, please visit: www.focusonthefamily.com/youversion.