Hidup dalam Kebaikan AllahSampel

Living Out God's Goodness

HARI 1 DARIPADA 4

ALLAH BAIK

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana Dia memberikan kita hadiah persahabatan dan kasih, dan meminta Dia untuk bantu anda agar lebih mengenali dan mengasihi-Nya.

MENYELAMINYA
Sediakan minuman kegemaran (smoothie, flot rutbir, susu kocak, dsb.) untuk setiap ahli keluarga anda. Berikan straw kepada setiap orang untuk meminumnya. Sesudah itu, cabar setiap orang untuk minum tanpa menyentuh cecair itu dengan straw tersebut.

MENDALAMINYA
Apabila anda cuba minum tanpa menyentuh cecair itu dengan straw, anda mendapati ia tidak dapat dilakukan. Apabila cecair itu mengelilingi straw itu, barulah kebaikan boleh mengalir daripada cawan dan melalui straw itu. Yesus mengatakan hanya Allah itu baik (Lukas 18:19), maka, anda tidak boleh menjadi baik tanpa-Nya. Demi benar-benar "meminum" kebaikan Allah, anda perlu membenamkan diri dalam-Nya. Itu seolah-olah meminum kebaikan-Nya. Anda boleh melakukan ini dengan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat anda dan membina hubungan dengan-Nya. Allah bekerja dalam hati anda untuk membantu anda menyedari dan melakukan kehendak-Nya (Filipi 2:13). Semasa anda berdoa dan belajar daripada Firman Allah, anda akan bertumbuh dalam hubungan anda dengan-Nya, dan kebaikan-Nya akan terbentuk dalam anda.

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Dengan cara apakah anda "meminum" kebaikan Allah?
- Apakah beberapa perkara yang menghalang anda daripada melakukan ini?
Hari 2

Perihal Pelan

Living Out God's Goodness

"Baik-baik ya!" adalah sesuatu yang didengar berulang kali oleh kanak-kanak—daripada ibu bapa, guru, dan juga adik-beradik yang suka mengarah. Namun, apakah rupa bentuk "kebaikan"? Dalam pelan empat hari ini, anda bersama-sama anak-anak anda akan menerokai perbezaan antara berkelakuan baik semata-mata dan betul-betul berbaik-baik. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

From Focus on the Family's www.focusonthefamily.com/youversion. © [2011] [Jeanne Gowen Dennis]. Used by permission. For more information, please visit: www.focusonthefamily.com/youversion.