Hidup dalam Kebaikan AllahSampel
MOTIF YANG BAIK
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana Dia memotivasikan kita untuk melakukan perkara yang betul. Minta Dia untuk bantu anda memuliakan-Nya melalui pilihan yang baik.
MENYELAMINYA
Sediakan "rantai perbuatan baik". Guntingkan beberapa jalur kertas yang sama panjang. Pada setiap jalur itu, tuliskan satu perbuatan baik yang boleh dilakukan untuk ahli keluarga atau kawan. Menggunakan gam atau pita pelekat, bentukkan jalur kertas itu menjadi lingkaran yang bercantum (rantai). Setiap ahli keluarga boleh mengeluarkan satu lingkaran pada setiap hari dan melaksanakan perbuatan itu untuk orang lain. Inilah syaratnya: Jangan memberitahu orang itu bahawa andalah yang melakukannya. Biarkan kebaikan menjadi tumpuan anda daripada menerima penghargaan kerana melakukan sesuatu yang baik.
MENDALAMINYA
Memanglah baik apabila kita mendapat perhatian kerana telah melakukan sesuatu yang baik. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berbuat baik semata-mata untuk mendapat penghargaan orang lain. Yesus berkata, "Ingatlah, janganlah kamu lakukan 'kewajipan agama' di hadapan umum supaya dilihat orang. Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan menerima pahala daripada Bapa kamu yang di syurga" (Matius 6:1). Sebab anda melakukan sesuatu (motivasi) adalah sepenting perbuatan itu (perbuatan baik). Kebaikan sejati dimotivasikan oleh kasih kita untuk Allah dan keinginan kita untuk menyenangkan Dia. Kasih kita untuk-Nya adalah motivasi terbaik untuk melakukan perbuatan baik kerana ia memuliakan Allah.
BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Kongsikan tentang masa di mana anda telah melakukan sesuatu yang baik kerana ingin disukai atau mendapat perhatian orang lain
- Adakah ia lebih sukar untuk melakukan perbuatan yang baik jika anda mengetahui bahawa tiada orang yang akan perasan tentangnya? Mengapa atau mengapa tidak?
- Mengapakah Allah berasa senang hati apabila anda melakukan perbuatan baik secara rahsia?

Kitab
Perihal Pelan
"Baik-baik ya!" adalah sesuatu yang didengar berulang kali oleh kanak-kanak—daripada ibu bapa, guru, dan juga adik-beradik yang suka mengarah. Namun, apakah rupa bentuk "kebaikan"? Dalam pelan empat hari ini, anda bersama-sama anak-anak anda akan menerokai perbezaan antara berkelakuan baik semata-mata dan betul-betul berbaik-baik. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.
More
From Focus on the Family's www.focusonthefamily.com/youversion. © [2011] [Jeanne Gowen Dennis]. Used by permission. For more information, please visit: www.focusonthefamily.com/youversion.