Hidup dalam Kebaikan AllahSampel

Living Out God's Goodness

HARI 2 DARIPADA 4

KECEMERLANGAN WATAK

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana anda boleh mempercayai-Nya, walaupun pada masa ada sesuatu yang tidak kena, kerana kebaikan-Nya dan kasih-Nya untuk anda tidak akan berubah.

MENYELAMINYA
Ambil giliran bersembunyi di belakang pintu. Orang yang bersembunyi itu boleh memilih air mukanya — bodoh, sedih, marah. Namun, apabila ahli keluarga lain membuka pintu itu, orang yang bersembunyi itu mesti bersenyum lebar. Kemudian, lihatlah sama ada ahli keluarga dapat meneka air muka asalnya itu.

MENDALAMINYA
Anda cuba kelihatan dan bertindak secara terbaik di depan orang lain, tetapi bagaimana pula pada masa tiada orang yang melihat anda? Kebaikan anda tidak ditentukan oleh cara anda tampil di depan orang lain, tetapi oleh peribadi batin anda. Mazmur 44:21 mengatakan bahawa Allah mengetahui rahsia hati anda. Dia mengetahui apa yang anda fikirkan, lakukan dan katakan — walaupun semasa bersendirian. Allah sentiasa bersama-sama anda, dan Dia membantu anda tetap kuat dan membuat keputusan yang baik.

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Apakah beberapa cara di mana anda cuba menunjukkan "air muka terbaik" di depan orang lain?
- Apakah perasaan anda apabila anda sedar bahawa Allah sentiasa bersama-sama anda?
- Bagaimanakah ini membantu anda membuat keputusan yang baik semasa berada bersama dengan orang lain dan semasa bersendirian?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Living Out God's Goodness

"Baik-baik ya!" adalah sesuatu yang didengar berulang kali oleh kanak-kanak—daripada ibu bapa, guru, dan juga adik-beradik yang suka mengarah. Namun, apakah rupa bentuk "kebaikan"? Dalam pelan empat hari ini, anda bersama-sama anak-anak anda akan menerokai perbezaan antara berkelakuan baik semata-mata dan betul-betul berbaik-baik. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

From Focus on the Family's www.focusonthefamily.com/youversion. © [2011] [Jeanne Gowen Dennis]. Used by permission. For more information, please visit: www.focusonthefamily.com/youversion.