7 Soalan Yang Merunsingkan Minda Kebanyakan LelakiSampel
Kita terprogram untuk menikmati keakraban menjadi sebahagian daripada kumpulan. Oleh sebab itulah, meskipun kita tidak lagi menganggotai pancaragam sekolah, pasukan besbol, atau unit tentera, banyak antara kita masih mencari kelab kereta antik atau empatan golf pagi Jumaat.
Walaupun bergaul dengan kumpulan ini, meskipun bersama-sama banyak kawan, kebanyakan lelaki masih menjalankan kehidupan secara bersendirian.
Terdapat perbezaan antara seorang kawan yang berkongsi hobi, atau masa silam, atau beberapa bir dengan anda dan kawan yang berkongsi rahsia serta pergumulan anda. Saya fikir memiliki kedua-dua jenis kawan tersebut adalah penting.
Jadi, soalan kita hari ini adalah: Siapakah yang boleh saya percayai?
Memupuk jenis kawan yang anda boleh ceritakan kesulitan bahawa baru-baru ini anda rasa macam hendak melihat profil Facebook bekas wanita anda tidak berlaku secara biasa bagi kebanyakan daripada kita. Kawan ini haruslah kawan yang amat rapat. Namun, ayat hari ini dalam Pengkhutbah memberitahu kita mengapa mencari jenis kawan ini adalah berbaloi dengan usahanya. Apabila dosa menggoda anda sehingga hampir-hampir membuat keputusan yang teruk, kawan inilah yang akan membantu anda.
Seperti yang dibincangkan pada hari sebelumnya, godaan dosa tidak dapat dielakkan. Maka, adakah anda sedar apa yang akan ditemui apabila anda cukup berani untuk berkongsi pergumulan anda dengan seseorang kawan? Dia akan berkata, "Saya juga." Siapakah kawan tersebut buat anda?
CUBALAH INI HARI INI
Seorang kawan yang boleh dipercayai ingin tahu tentang kehidupan anda tanpa bersaing. Dia akan bersorak memberikan anda galakan dan memberikan anda tempat yang selamat untuk berkongsi rahsia anda. Adakah sesiapa yang datang dalam fikiran kerana memenuhi—atau mungkin memenuhi—huraian ini? Jika ya, hubungilah dia hari ini.
Jika anda inginkan lebih banyak kandungan ini atau ingin berkongsinya dengan kumpulan anda, gunakanpengajian kaum lelaki (7) Questions oleh John Woodall.
Kitab
Perihal Pelan
Adakah menjadi lelaki sejati bermaksud memiliki keluarga yang sempurna, pejabat lot tepi, kereta yang mewah, dan rumah yang besar? Ataupun, adakah terdapat lebih kepada kehidupan daripada Ini? Pelan 7 hari daripada John Woodall ini akan menyelidiki soalan yang anda ingin bincangkan dengan kawan yang dipercayai dan memberikan anda respons Allah terhadap soalan tersebut.
More