7 Soalan Yang Merunsingkan Minda Kebanyakan LelakiSampel
Jika anda gemar menonton Olimpik seperti saya, anda mungkin pernah melihat apa yang berlaku pada akhir perlumbaan, khususnya acara balapan dan padang. Apabila peserta mendekati garis penamat, mereka kerap berpaling ke belakang untuk melihat prestasi mereka berbanding peserta yang lain.
Jelasnya ini membantu jika anda ingin memenangi perlumbaan. Namun, ia adalah kesilapan yang menghampakan jika anda berbuat demikian dalam kehidupan harian anda—melihat kiri kanan membuat perbandingan dengan orang di sekeliling anda.
Seperti yang diingatkan oleh ayat hari ini dalam Pengkhutbah, kehidupan berjalan mengikut musim. Membandingkan kehidupan anda atau pencapaian anda dengan kehidupan dan pencapaian orang lain—terutamanya seseorang yang berada dalam musim kehidupan yang berbeza daripada anda—boleh membuat anda rasa ketinggalan, "mengejar angin."
Jadi, soalan kita hari ini adalah: Di Manakah Saya?
Berikut adalah lima musim dalam kehidupan seseorang lelaki. Mengenal pasti musim anda pada masa ini boleh melegakan kerisauan inginkan lebih banyak atau melakukan lebih daripada yang diperlukan oleh musim anda.
- Dasar (0-20 tahun): Dipengaruhi oleh ibu bapa, kawan sebaya, dan keadaan yang penting
- Persediaan (20-30 tahun): Mengumpulkan pendidikan dan pengalaman, membuat pilihan awal dari segi cinta dan gaya hidup
- Permulaan (30-40 tahun): Menyedari kekuatan dan kelemahan anda ketika mengembangkan tanggungjawab anda di tempat kerja dan rumah
- Dominasi (40-60 tahun): Menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan tugas Allah untuk anda
- Pengukuhan (60+ tahun): Memusatkan perhatian pada warisan anda, menyelesaikan luka hubungan
CUBALAH INI HARI INI
Kenal pasti musim semasa anda antara lima musim tersebut. Kemudian, senaraikan dua atau tiga lelaki yang paling kerap dijadikan perbandingan anda (bayangan: pertimbangkan tempat kerja, keluarga, dan masa lapang). Adakah lelaki tersebut berada dalam musim yang sama dengan anda?
Perihal Pelan
Adakah menjadi lelaki sejati bermaksud memiliki keluarga yang sempurna, pejabat lot tepi, kereta yang mewah, dan rumah yang besar? Ataupun, adakah terdapat lebih kepada kehidupan daripada Ini? Pelan 7 hari daripada John Woodall ini akan menyelidiki soalan yang anda ingin bincangkan dengan kawan yang dipercayai dan memberikan anda respons Allah terhadap soalan tersebut.
More