7 Soalan Yang Merunsingkan Minda Kebanyakan LelakiSampel

7 Questions That Rattle In The Minds Of Most Men

HARI 3 DARIPADA 7

Adakah buku tahunan sekolah anda termasuk "puji-pujian yang melambung-lambung untuk pelajar tahun akhir"—pembezaan bodoh seperti "besar kemungkinan akan berjaya" atau "paling kuat dan tangkas"? Biasanya, ini ditentukan oleh undian kelas yang tidak saintifik. Walau bagaimanapun, perkara yang benar semasa sekolah menengah adalah benar sekarang: memang menyeronokkan memiliki kurnia yang diakui oleh orang lain.

Rakan sekelas anda mungkin bukan kumpulan yang paling boleh dipercayai untuk menyedari kekuatan dan kurnia anda, tetapi bapa syurgawi anda boleh dipercayai.

Jadi, soalan kita hari ini adalah: Siapakah saya?

Menggunakan tenaga untuk mengenal pasti kekuatan dan kurnia anda bukan sahaja memudahkan kesedaran akan peluang untuk menggunakannya, malah membebaskan anda daripada rasa cemburu. Allah tidak mereka bentuk anda untuk menjadi rakan sekerja anda yang lebih baik dalam pidato umum ataupun rakan lumba basikal anda yang sentiasa mengayuh lebih cepat daripada anda. Dia telah memberikan anda kurnia secara unik dan sesuai untuk tugas yang diberikan oleh-Nya kepada anda.

Berikut adalah rangka untuk membantu anda untuk mula mengenal pasti D.E.S.I.G.N. (REKA BENTUK) unik anda.

  • Dorongan (Drives): Apakah yang membuat anda rasa teruja? Apakah yang menyemarakkan semangat anda?
  • Pengalaman (Experience): Apakah pengalaman yang menjadikan anda unik berbanding orang lelaki yang lain?
  • Kerohanian (Spirituality): Bagaimanakah anda berhubungan dengan Allah secara sebaik-baiknya?
  • Impak (Impact): Apakah arena di mana anda rasa paling terdorong untuk memberikan impak?
  • Genius (Genius): Apakah yang anda lakukan secara berulang, berjaya, gembira?
  • Sifat (Nature): Apakah personaliti anda? Extrovert, introvert, berstruktur, spontan?

CUBALAH INI HARI INI

Tuliskan jawapan anda untuk setiap soalan D.E.S.I.G.N. Mintalah Allah untuk memberikan anda peluang pada minggu ini untuk menggunakan kurnia ini dengan baik demi-Nya.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

7 Questions That Rattle In The Minds Of Most Men

Adakah menjadi lelaki sejati bermaksud memiliki keluarga yang sempurna, pejabat lot tepi, kereta yang mewah, dan rumah yang besar? Ataupun, adakah terdapat lebih kepada kehidupan daripada Ini? Pelan 7 hari daripada John Woodall ini akan menyelidiki soalan yang anda ingin bincangkan dengan kawan yang dipercayai dan memberikan anda respons Allah terhadap soalan tersebut.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John Woodall dan North Point Resources kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://vimeo.com/102571027