7 Soalan Yang Merunsingkan Minda Kebanyakan LelakiSampel
Memang mudah terjerat dengan bohong bahawa Allah inginkan sesuatu daripada kita, bukan untuk kita. Barangkali kebebasan anda atau keseronokan anda atau wang anda. Anda mungkin menghabiskan seluruh musim kehidupan anda menolak Allah kerana anda tidak mahu peraturan-Nya untuk merosakkan keseronokan anda.
Dalam ayat hari ini, Yesus memberitahu pendengar-Nya bahawa mentaliti ini bersifat mundur. Ia adalah "pencuri" yang mencuri dan merosak. Barangkali pencuri itu adalah kerjaya yang menghabiskan tenaga anda. Barangkali pencuri itu adalah budaya yang mengatakan anda perlu mempertaruhkan masa depan anda untuk membeli barang yang tidak diperlukan.
Barangkali pencuri itu adalah masa silam anda, yang membisikkan bahawa anda masih tidak cukup baik. Walau apa pun pencuri itu bagi anda, ia hadir untuk mencuri kehidupan anda.
Yesus datang untuk memberikan kehidupan anda makna dan tujuan. Dia tidak berminat untuk mengambil apa-apa daripada anda.
Jadi, soalan kita hari ini adalah: Mengapakah saya berada di sini?
Sifat semula jadi kita inginkan kehidupan kita menjadi penting, ingin meninggalkan warisan. Masalahnya adalah, apabila kebanyakan lelaki mendefinisikan kehidupan yang bermakna, definisi mereka tidak melewati kerjaya dan wang.
Maka hari ini, marilah mempertimbangkan gambaran yang lebih besar akan kehidupan yang sempurna dan bermakna yang Allah ingin anda miliki. Berikut adalah lima baldi besar untuk dipertimbangkan. Apakah kehidupan yang sempurna bagi anda dalam setiap lingkungan ini?
- Diri: Apakah emosi yang anda ingin dilihat sebagai sifat anda? Apakah kesihatan fizikal yang anda inginkan pada umur 70 tahun?
- Perkahwinan: Bagaimanakah anda ingin perkahwinan anda jadi dalam 30 tahun yang akan datang?
- Keluarga: Apakah hubungan masa depan yang anda inginkan dengan anak dewasa anda? Adik-beradik anda? Ibu bapa anda?
- Kerjaya: Adakah saya melakukan perkara unik yang Allah panggil saya untuk laksanakan? Ataupun adakah pekerjaan sehari-hari saya sekurang-kurangnya membawa saya ke tempat yang membolehkan saya mengusahakan itu secara bebas?
- Gereja: Bagaimanakah saya melibatkan diri dalam rancangan Allah dalam dunia ini?
CUBALAH INI HARI INI
Luangkan masa untuk menuliskan definisi anda tentang kehidupan yang sempurna dalam lima lingkungan yang dinyatakan di atas. Kita akan melihat langkah seterusnya esok.
Kitab
Perihal Pelan
Adakah menjadi lelaki sejati bermaksud memiliki keluarga yang sempurna, pejabat lot tepi, kereta yang mewah, dan rumah yang besar? Ataupun, adakah terdapat lebih kepada kehidupan daripada Ini? Pelan 7 hari daripada John Woodall ini akan menyelidiki soalan yang anda ingin bincangkan dengan kawan yang dipercayai dan memberikan anda respons Allah terhadap soalan tersebut.
More