Datanglah KerajaanSampel
DOA:
Allah, tolonglah saya untuk melihat bagaimana Engkau sedang bekerja dalam diri saya sekarang ini.
BACAAN
Pertama kali pandang, ayat ini kelihatan mengelirukan. Adakah Paulus membayangkan bahawa lama-kelamaan keselamatan ialah sesuatu yang kita harus peroleh, sesuatu yang kita harus "usahakan"? Kita mengetahui daripada banyak petikan Alkitab yang lain bahawa keselamatan bukan sesuatu yang dapat kita capai; keselamatan ialah sesuatu yang kita terima. Keselamatan ialah hadiah kasih kurnia yang diberikan kepada kita oleh Allah secara rela. Maka, apakah yang dirujuk oleh Paulus?
Sebenarnya, kunci memahami frasa "mengerjakan penyelamatanmu sendiri" ditemui dalam ayat seterusnya, "kerana Allah yang bekerja dalam dirimu". Paulus mendorong pengikut Yesus untuk terus bergerak maju dalam pertumbuhan rohani mereka. Mengikut Yesus bukanlah keputusan seketika sahaja. Sebenarnya, mengikut Yesus ialah satu siri waktu dan keputusan yang menghasilkan satu perjalanan transformasi. Pada ketika anda membuat keputusan permulaan untuk mengikut Yesus, Allah mengisytiharkan anda benar dan tidak bercela pada pandangan-Nya. Dia memberikan anda status dan kedudukan yang baru sebagai anak Allah. Perkataan teologi bagi hal ini ialah pembenaran. Selebihnya perjalanan itu ialah proses yang menjadikan kita apa yang telah diisytiharkan tentang kita oleh Allah dari segi kedudukan. Ini dipanggil penyucian. Allah komited terhadap proses ini dalam hidup anda. Dia sedang bekerja "untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya." Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dilakukan-Nya tanpa penglibatan anda.
Penginjil abad ke-19, George Müller, menyatakannya sedemikian: "Orang percaya mesti menyelesaikan, mesti menamatkan, mesti menghadapi akibat sepenuhnya apa yang telah diberikan oleh Allah pada prinsipnya... Dia mesti mengusahakan apa yang telah dikerjakan oleh Allah dalam kasih kurnia-Nya.”
Pada asasnya, inilah tujuan perjalanan pertumbuhan rohani—mengusahakan apa yang dikerjakan oleh Allah. Kita ialah rakan yang bekerjasama dengan Allah dalam transformasi yang dilaksanakan oleh-Nya dalam hidup kita.
RENUNGAN:
Carilah tempat yang sunyi dan luangkan masa untuk bertenang di hadapan Allah. Anda mungkin perlu berusaha untuk berbuat demikian, tetapi anda harus sengaja mencari tempat yang membolehkan anda bertenang sepenuhnya.
Mintalah Allah untuk menyedarkan anda tentang kehadiran-Nya. Mintalah Dia untuk menunjukkan bagaimana Dia sedang bekerja dalam diri anda dan bagaimana anda boleh melibatkan diri secara aktif dalam pertumbuhan rohani anda. Akhirnya, bersyukurlah kepada-Nya kerana kesetiaan-Nya dan mintalah Dia untuk meningkatkan kesedaran anda terhadap roh-Nya yang sedang bekerja dalam diri anda.
Kitab
Perihal Pelan
Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.
More