Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 11 DARIPADA 15

DOA:

Allah, terima kasih kerana Engkau mengasihi saya terlebih dahulu. Ajarlah saya bagaimana mengasihi orang lain. 


BACAAN:

Dalam tahun 1917, seorang paderi bernama Edward Flanagan membuka sebuah rumah kanak-kanak lelaki untuk menolong golongan anak lelaki yang paling susah dan lemah di Omaha, Nebraska. Rumah anak yatim ini menerima kanak-kanak lelaki yang tiada tempat berteduh, mempunyai rekod jenayah, dan cacat. Salah seorang kanak-kanak itu, Howard Loomis, diserang polio dan memakai pendakap kaki yang berat. Pada suatu hari, Father Flanagan melihat seorang kanak-kanak yang lebih tua mengangkat Howard menaiki tangga. Father Flanagan memerhatikan kebaikan ini dan menanya, "Tidakkah dia berat?" Kanak-kanak itu membalas, "Dia tidak berat, Father… dia adik saya.”


Ini merupakan gambaran yang indah tentang "saling bersabar". Frasa ini, diterjemahkan sebagai "saling bersabar" dalam petikan ini, juga bermaksud "bertenggang". Ini menimbulkan gambaran mengangkat orang lain. Seperti kanak-kanak ini mengangkat Howard ke atas, demikianlah rupanya kasih.


Dalam sesetengah cara, mengasihi seseorang bermaksud mendedahkan diri terhadap penderitaan. Kesedihan mereka menjadi kesedihan kita. Ini ialah salah satu sebab kita sering berhati-hati dan lambat mengasihi orang lain. Memanglah susah untuk membuka diri kepada hubungan yang menyusahkan atau membebankan kita. 


Walau bagaimanapun, inilah yang Allah minta daripada kita sebagai komuniti pengikut Yesus. Dia memanggil kita untuk mengasihi dalam cara yang merugikan kita. Allah tidak meminta kita untuk melakukan apa-apa yang belum dilakukan oleh-Nya terlebih dahulu. Allah tidak menyembunyikan hati-Nya daripada kita. Dia mencurah dengan murah hati. Yesus menyatukan hati-Nya dengan hati kita. Dia menjadikan penderitaan kita itu penderitaannya. Dia menjadikan keseksaan kita itu keseksaan-Nya. Dia meminta kita untuk berbuat demikian juga untuk orang lain. Inilah sebahagian daripada rupanya "hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu.” 


RENUNGAN:

Fikirlah tentang kehidupan anda. Bilakah orang lain mengasihi anda seperti cara Yesus yang tanpa syarat dan merugikan? Jika anda berhubungan dengan orang yang muncul dalam fikiran anda, jadualkan masa dengannya pada minggu ini atau minggu depan—mungkin meminum bersama-sama atau membuat panggilan Zoom. Berjumpa dan memberitahunya bagaimana pilihannya untuk "saling bersabar" telah memberikan kesan terhadap hidup anda. 

Sesudah itu, bayangkan seseorang yang duduk bersama dengan anda beberapa tahun kemudian dan mengatakan perkara yang sama kepada anda.  

Mintalah Roh Kudus untuk memberikan anda mata-Nya dan hati-Nya untuk orang lain. Mohonlah agar anda akan memandang orang lain sebagaimana Dia memandang mereka dan memberikan respons seperti Dia.


Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org