Datanglah KerajaanSampel
DOA:
Allah, saya ingin melihat-Mu hari ini. Tolonglah saya untuk memiliki pandangan yang betul tentang-Mu.
BACAAN:
Tunggu! Saya tahu apa yang anda fikir—Bukankah saya membaca ini semalam? Namun, ada dua idea yang amat besar dalam ayat ini, maka ia terbahagi kepada dua hari. Semalam, kita berbincang tentang mengerjakan pekerjaan Allah. Hari ini ialah tentang peranan ketakutan dalam pertumbuhan rohani kita.
Walaupun kita tidak selesa dengan idea itu, Paulus memberitahu kita bahawa kita harus "mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar.” Kita cenderung mengetepikan perkara seperti itu dalam budaya kita, memikirkannya sebagai agama konservatif. Kita tidak mahu memikirkan Allah sebagai seseorang yang harus ditakuti, bukan? Bagaimanakah itu berguna?
Bayangkan anda berada di pantai dengan seorang anak kecil. Adakah bagus untuk menunjuk ke arah laut dan berkata, "Pergilah bermain, saya akan baring dan tidur di sini?" Semestinya tidak! Itu amat tidak bertanggungjawab, bukan? Anda akan berjalan bersama dengan kanak-kanak itu sambil memegang tangannya ke tempat ombak menghempas ke pantai. Anda akan menunjukkan betapa kuatnya ombak itu dan memberitahunya bahawa arus yang kuat dapat menariknya. Anda mahu kanak-kanak itu memiliki rasa hormat yang sihat terhadap laut kerana laut itu adalah lebih besar dan jauh lebih berkuasa daripadanya. Anda tidak mahu ia berlari ke dalam laut tanpa memahami bahayanya, bukan? Dari segi lain, anda tidak mahu mereka memeluk pelantar laluan dengan kuat kerana takut akan laut. Anda akan menunjukkannya bagaimana bermain, meranduk, dan berseronok di laut kerana itulah tujuan ke pantai. Berhubung dengan sesuatu yang sekuat laut, wujudnya keseimbangan yang betul antara kasih dan hormat.
Dengan cara yang sama, semasa Alkitab bercakap tentang takut akan Allah, tujuannya bukanlah kita harus berasa takut akan Allah. Tujuannya ialah memiliki rasa hormat yang sihat akan kenyataan bahawa Allah adalah lebih besar dan lebih berkuasa daripada yang dapat kita bayangkan. Tujuannya ialah mengakui bahawa berkenaan Allah, kita tidak mengawal keadaannya. Dia tidak dapat dikawal atau dimanipulasi oleh kita—Dia ialah Pencipta alam semesta yang maha berkuasa! Kita tidak dapat memasukkannya ke dalam poket kita dan membawa-Nya sebagai tangkal tuah.
Walau bagaimanapun, kesedaran ini tidak harus menjauhkan kita daripada Allah. Sebenarnya, hal yang bertentangan adalah betul. Apabila kita menemui rasa "takut" yang sihat akan Allah, kita kurang cenderung membuat anggapan tentang kasih-Nya. Ini mengapi-apikan kekaguman kita dan mendekatkan kita kepada Dia.
RENUNGAN:
Satu bahagian yang penting dalam hubungan bersama dengan Allah ialah memiliki pandangan yang betul tentang siapa Dia itu. Memanglah mudah untuk menjadi biasa dengan Allah seperti kawan yang karib sehinggakan kita terlupa betapa besarnya Dia itu.
Yang berikut ialah beberapa soalan renungan…
Adakah pandangan anda akan Allah terlalu kecil? Apakah kesan pandangan yang terbatas itu? Dari segi apakah anda rasa anda telah membuat anggapan tentang kasih Allah?
Mintalah Allah untuk memberikan anda rasa "takut" yang sihat dan berguna terhadap Dia dan untuk melihat-Nya sebagai Allah yang amat besar dan berkuasa. Kemudian, bersyukur kepada-Nya kerana kasih-Nya yang besar yang membuat Dia meninggalkan semua kuasa itu dan mengalami kematian yang menyeksakan di salib supaya Dia boleh menyambut anda untuk menjalinkan hubungan dengan-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.
More