Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Teruslah berjalan!
Apabila kita mendengar perkataan "murtad," kita memikirkan tentang seseorang yang meninggalkan kepercayaan mereka dan menyangkal Allah sepenuhnya. Dan sudah pasti orang yang melakukan hal ini boleh dikatakan sebagai murtad. Tetapi saya ingin menasihatkan bahawa mungkin ada sesetengah orang yang sedang murtad dan bahkan tidak menyedarinya.
Tiada orang yang merancang untuk murtad. Anda tidak menelefon sahabat Kristian anda dan berkata, "Hey, adakah anda mahu untuk murtad malam ini? Saya akan mengambil anda pada jam 7:00. Apa kata anda?" Tidak, bukan begini ianya terjadi. Murtad terjadi secara licik, dan selalunya terjadi sedikit demi sedikit. Malah, ia boleh menjadi sangat licik sehingga anda tidak terfikir pun bahawa itu sedang berlaku. Alkitab memberi amaran tentang ini dan memberitahu kita bahawa salah satu tanda akhir zaman adalah orang akan jatuh jauh dari iman (lihat 1 Timotius 4:1).
Allah berkata jika kita telah murtad, kita harus kembali kepadaNya (lihat Yeremia 3:22). Dan Yesus memberitahu kepada jemaat di Efesus, "Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh" (Wahyu 2:5).
Adakah anda berada dalam keadaan jatuh hari ini? Adakah anda dalam proses untuk murtad? Sama ada anda sedang menuju ke hadapan dalam Kristus, atau anda sedang menuju ke belakang. Sama ada anda sedang maju, atau sedang mundur. Dan pada saat anda menjadikan perjalanan anda bersama Kristus kepada neutral, anda akan mendapati diri anda berjalan ke arah yang salah.
Saya membaca tentang tanda di penghujung landasan kapal terbang yang berbunyi, "Teruslah berjalan. Jika anda berhenti, anda berada dalam bahaya dan berbahaya kepada mereka yang sedang terbang." Amaran yang sama boleh digunakan dalam kehidupan Kristian: Teruslah berjalan. Jika anda berhenti, anda berada dalam bahaya dan berbahaya kepada orang lain.
Oleh yang demikian, jangan berpuas hati dengan pencapaian anda. Jangan hidup pada masa lampau. Kita perlu terus bertumbuh sebagai pengikut Yesus.
Ayat ringkasan: Kita perlu terus bertumbuh sebagai pengikut Kristus.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org