Rut, Satu Kisah PenebusanSampel
Penutup Allah
Bab empat membuka dengan Boas di tempat pertemuan di pintu gerbang kota. Ia berada di sini kerana ia ingin mengahwini Rut dan mencari kerabat yang terdekatnya. Saudara yang terdekat kepada Rut dan Naomi ialah lelaki yang tidak kita ketahui, walau bagaimanapun, kita mendapat tahu sedikit sebanyak tentang wataknya melalui petikan yang pendek ini.
Kita mengetahui bahawa lelaki ini wajib menjaga dua wanita ini, tetapi ia tidak pernah menawarkan sebarang pertolongan. Selain itu, apabila Boas menanya lelaki ini jika ia ingin menebus Rut, ia menolak. Lelaki ini kekurangan integriti dan watak, terutamanya berbanding dengan Boas.
Boas membuat transaksi sah dengan saudara yang berhak menebus Rut supaya ia dapat mengahwini Rut. Ia tidak wajib melakukan apa-apa dari segi undang-undang untuk Rut, tetapi ia menjaganya sepanjang kitab ini. Boas telah memberikan kasih kurnia seperti Yesus telah memberikan kita kasih kurnia.
Kasih kurnia Allah mencukupi bagi kita. Kita telah ditebus oleh Yesus Kristus, orang asing yang tidak patut menerima apa-apa tetapi telah diberikan hak untuk menjadi waris. Sebagaimana Yesus menebus pengantin-Nya (jemaat), Boas menebus pengantinnya (Rut). Ia mengahwini Rut dan ia hamil.
Yang anehnya, Rut tidak hamil dalam sepuluh tahun perkahwinan sebelumnya. Kita mengandaikan bahawa ia mandul sepanjang masa ini, tetapi Allah telah membuka rahimnya pada waktu ini untuk melahirkan anak. Ia melahirkan anak lelaki yang bernama Obed, yang menjadi datuk Raja Daud yang agung.
Saya ingin melukiskan satu lagi gambar kasih kurnia dan kedaulatan Allah melalui kelahiran anak ini. Rut ialah orang Moab; orang asing yang tidak berhak. Walau bagaimanapun, melalui kasih kurnia dan penebusan ia menjadi sebahagian daripada genealogi Kristus. Sesungguhnya cerita yang menakjubkan!
Keadaannya tidaklah senang untuk Rut. Ia membesar di negara yang jahat. Ia mengalami kehilangan suaminya. Ia mengikut Naomi ke tanah yang asing dan hidup dalam kemiskinan. Kalau hendak dikatakan, semuanya keadaan yang amat sukar.
Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan pada permulaan siri ini, kita dapat melihat cap jari Allah dalam seluruh cerita Rut dan tidak diragukan bahawa Dia bekerja sepanjang masa. Ini merupakan perjalanan yang panjang dan susah, tetapi ia berakhir dengan penebusan. Rut bermula dengan kekosongan, tetapi berakhir dengan hidup yang penuh!
Walau apa pun musim anda, ingatlah bahawa Allah sedang bekerja dalam hidup anda. Dia membuat dewangga yang berwarna-warni; ia belum siap, tetapi sedang dijalankan. Ketahuilah bahawa Allah berkasih kurnia, baik, dan Dia mengasihi anda. Jika anda mendapati diri kecewa dalam perjalanan ini, lihatlah hidup Rut dan ingatlah bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi umat-Nya.

Kitab
Perihal Pelan
Kita dapat memahami beberapa orang sahaja dalam Alkitab dari segi emosi; antaranya ialah Rut: balu asing yang miskin, yang menjadikan Allah keutamaannya, dan melihat-Nya mengubah hidupnya. Jika anda mencari-cari dorongan dalam keadaan anda, jangan terlepas pelan bacaan ini!
More
Kami berterima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: brittanyrust.com