Rut, Satu Kisah PenebusanSampel

Ruth, A Story Of Redemption

HARI 2 DARIPADA 5

Kembali kepada Peruntukan

Memanglah menggalakkan untuk mengetahui bahawa Allah berpihak kepada kita, Dia menyebelahi kita, dan Dia mengasihi kita. Sepanjang perjalanannya, walau betapa teruk pun perasaan saya atau betapa mengecewakan pun hidup saya, kebenaran tidak berubah bahawa tiada apa-apa yang dapat memisahkan kita daripada kasih Allah.

Tidak banyak cerita yang menggambarkan ini dengan lebih baik daripada cerita Naomi dan Rut. Hari ini, kita mendapati mereka ialah balu; dua orang wanita yang bersedih kerana kematian orang yang dikasihi, bersendirian di tempat yang jahat. Walau bagaimanapun, keadaan hidup mereka bakal berubah. Pada suatu hari, Naomi mendengar bahawa Allah telah memberkati Betlehem dan makanan tersedia lagi di "rumah roti." Dengan segera, Naomi membuat keputusan untuk pulang ke kampung dan bangsanya.

Pada mulanya, Orpa dan Rut memutuskan untuk pulang ke Betlehem bersama dengan Naomi. Tidak lama selepas bertolak, Naomi kelihatannya berubah fikiran tentang menantunya. Atas desakan Naomi, Orpa pulang ke Moab. Rut pula membuat keputusan yang berbeza. Rut memutuskan untuk mengikut Allah dan kita melihat pertaubatan yang ikhlas dalam perjalanan ke Betlehem.

Dua orang wanita itu meneruskan perjalanan sehingga mereka sampai di Betlehem. Menurut Alkitab, segenap penduduk kota itu heboh melihat kepulangan mereka itu. Nampaknya, Naomi dan keluarganya terkenal di sana. Kepulangannya membuat wanita di kota itu kegila-gilaan.

Semasa ditanya tentang identitinya, Naomi meminta wanita di kota itu untuk tidak memanggilnya Naomi (menyenangkan) lagi, tetapi memanggilnya Mara (pahit). Pernahkah anda rasa seperti Naomi, berlimpah-limpah dahulu tetapi kekosongan sekarang ini? Pada waktu seperti itulah, apabila sesuatu yang dihargai lenyap, kita rasa lemah dan marah. Menjadi marah tidaklah luar biasa; kita mesti memastikan bahawa kemarahan itu tidak bertukar menjadi kepahitan.

Saya mesti mengatakan bahawa saya suka sifat Naomi ini. Ia tidak pulang dan berpura-pura; ia pulang kepada bangsanya dan berterus-terang. Moga-moga kita berterus-terang dengan orang di sekeliling kita tentang pergelutan kita dan mengakuinya bila kita memerlukan dorongan. Memiliki komuniti orang percaya di sekeliling anda ketika kesulitan ialah kunci bagi proses penyembuhan.

Rut dan Naomi telah pulang ke rumah roti pada permulaan musim menuai barli. Kebetulan? Saya rasa tidak. Kuasa yang tidak kelihatan sedang bergerak dan dua orang wanita ini bakal melihat Allah melakukan perkara yang besar dan menakjubkan yang tidak dapat dilihat oleh mereka pada waktu ini.

Dorongan saya untuk anda hari ini ialah agar anda mempercayai bahawa Allah sedang bekerja. Ketahuilah bahawa rancangan-Nya sedang dilaksanakan dan bahawa anda dipandang-Nya. Dia tidak lupa tentang anda, dan tiada apa-apa yang dapat membuat Dia berhenti mengasihi anda. Jika anda bergelut atau berasa sepi, janganlah takut untuk menjangkau orang salih di sekeliling anda.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Ruth, A Story Of Redemption

Kita dapat memahami beberapa orang sahaja dalam Alkitab dari segi emosi; antaranya ialah Rut: balu asing yang miskin, yang menjadikan Allah keutamaannya, dan melihat-Nya mengubah hidupnya. Jika anda mencari-cari dorongan dalam keadaan anda, jangan terlepas pelan bacaan ini!

More

Kami berterima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan